tajwid

Mad Wajib Muttasil
Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah yang sama..
Ia dinamakan mad wajib kerana para qurra’ telah bersepakat memadkannya lebih daripada mad asli iaitu dengan empat, lima atau enam harakat. Ia juga dinamakan mad muttasil kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berangkai dalam satu kalimah

Mad Jaiz Munfasil
Huruf mad berada di akhir kalimah yang pertama dan huruf hamzah berada diawal kalimah berikutnya , maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan(munfasil) dalam dua kalimah.
Ia juga dinamakan mad jaiz (harus) kerana para Qurra’ berselisih pendapat mengenai kadar panjang bacaan madnya , diantaranya ada yang membacanya dengan kadar dua harakat ,ada yang membacanya dengan empat atau lima dan ada yang membacanya dengan enam harakat. Dinamakan munfasil (berasingan) pula kerana terpisahnya sebab iaitu huruf hamzah dengan huruf mad dalam dua kalimah.

Mad Lazim
Selepas huruf mad terdapat huruf bertanda sukun asli wujud dikala bacaan bersambung atau berhenti bacaan diatasnya , yakni tanda sukun ini sebagai sebab bacaan mad lazim dalam dua keadaan dan kerana semua qurra’ bersepakat ia lazim (mesti) dibaca dengan kadar mad enam harakat maka ia dinamakan mad lazim. Mad ini terbahagi kepada dua iaitu :

Mad Lazim Kalimi

i)Mad Lazim Kalimi Muthaqqal = Mad lazim yang berlaku dalam satu kalimah yang bertasydid
ii)Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf = Mad lazim yang berlaku dalam satu kalimah yang tidak bertasydid



Mad Lazim Harfi

i)Mad Lazim Harfi Muthaqqal = Mad lazim yang berlaku dalam satu huruf yang bertasydid
ii)Mad Lazim Harfi Mukhaffaf = Mad lazim yang berlaku dalam satu huruf yang tidak bertasydid

Mad Farq
Mad terdapat pada huruf hamzah istifham (pertanyaan) diawal kalimah pada ketika pertemuannya dengan huruf hamzah wasal (bersambung) , maka bacaan hamzah istifham dimadkan dengan kadar enam harakat kerana huruf hamzah wasal (bersambung) diibdalkan(ditukar) menjadi huruf mad alif dan diikuti dengan huruf lam bertanda sukun.
Dinamakan dengan mad farq (membezakan) kerana membezakan diantara ayat al istifham (pertanyaan) dan al khabar (pemberitaan).Ianya juga dinamakan dengan nama Mad Lazim Kalimi.

Mad Tamkin
Terdapat dua pendapat :
1) Iaitu satu tempoh yang sekejap dalam kadar dua harakat yang wajib dimadkan untuk menceraikan diantara dua huruf wau (و ) seperti (ءامنوا و عملوا ) atau dua huruf ya’ ( ي ) seperti ( في يومين) kerana bimbang berlakunya idgham atau isqath (gugur) . Ianya juga dii’tibarkan dengan Mad Tabie1

2) Mad pada huruf ya’ ( ي ) pertama bertasydid serta berbaris bawah yang diikuti dengan huruf ya’( ي ) kedua sebagai huruf mad , maka bacaannya tetap dengan dua harakat pada bacaannya bersambung dengan huruf yang berikutnya. Dinamakan dengan mad tamkin kerana mad ini keluar secara tetap dengan sebab syiddah. 2

Mad Taczim
Mad pada perkataan ( لآ) yang bererti “tidak” ketika pertemuaannya dengan perkataan (إله ) yang terdapat pada kalimah Tauhid. Bagi mereka yang membaca Mad Munfasil dengan kadar dua harakat (torik Jazari) , apabila perkataan ( لآ) dalam kalimah Tauhid , ianya dibaca dengan kadar enam harakat.
Ianya juga dinamakan dengan nama mad mubalaghah (berlebihan) kerana melebihkan penafian Tuhan selain Allah s.a.w.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENJELASAN HUKUM AL-IKHTILAT

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

WAHAI TUHAN, BERILAH AKU TAUFIK DAN HIDAYAH (PETUNJUK) MU.