Selasa, 29 Disember 2009

7 HAL AGAR SELALU TAKUT KEPADA ALLAH

Abu Al-laits sebagaimana Imam Al-Ghazali dalam “Mukasyafah Al-Qulub” mengajarkan kita untuk melakukan 7 hal agar selalu takut kepada Allah:

1. Takut kepada lidah.
- Mencegah lidahnya dari perkataan dusta, menfitnah, menipu dan perkataan yang tidak berguna. Sebalknya ia menggunakan pada jalan berzikir kepada Allah, membaca Al-Quran dan menghafal ilmu.

2. Takut kepada kalbu.
- Mengeluarkan daridalam hatinya rasa permusuhan, kedengkian, dan
hasad dengki.Ini kerana hasad dengki dapat menghapuskan amal kebajikan, sebagaimana hadith jujungan mulia: “Hasd dengki memakan kebaikan seperti api membakar daun kering”

3. Takut pada pandangan.
- Tidak memandang sebagaimana perkara-perkara yang diharamkan
Allah. Sebaliknya, ia mengarahkan pandangannya kepada sesuatu seraya mengambil pelajaran hidup (`ibrah) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa yang memenuhi kedua matanya dengan pandangan haram, nescaya pada hari kiamat Allah akan memenuhi kedua matanya dengan api neraka.”

4. Takut pada perut.
- Tidak memasukkan ke dalam perutnya segala makanan dan minuman
yang haram. Sebagaimana hadith yang bermaksud: “Apabila satu suap makanan yang haram jatuh ke dalam perut anak Adam, setiap malaikat di bumi dan langit melaknatnya selama suapan berada di dalam perutnya. Jika ia mati dalam keadaan itu, tempat kembalinya adalah neraka jahanam.”

5. Takut pada tangan .
- Tidak menggunakan kepada jalan kemungkaran. Sebaliknya pada jalan yang diredhai Allah. Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w : “Allah s.wt membangunkan sebuah rumah itu 70 ribu buah rumah yang masin-masing memiliki 70 ribu kamar. Tidak ada orang yang dapat memasinya kecuali orang yang meninggalkan setiap yang haram kerana Allah.”

6. Takut pada kaki.
- Tidak berjalan untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah. Sebaliknya ia bejalan pada ketaatan dan keredhaan Allah serta dalam bergaul dengan para ulama.

7. Ketaatan.
- Menjadikan ketaannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah serta takut akan riak dan kemunafikan. Apabila melakukan hal itu, termasuklah ia dalam orang-orang yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya di dalam surah At-Thur ayat 17 dan surah Az-Zukhruf ayat 35.

5 RACUN DAN PENAWARNYA

5 RACUN DAN PENAWARNYA

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu penawarnya.
3. Perkataan siaa-sia itu racun, zikir itu penawarnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu penawarnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu penawarnya.




4 JENIS IBU

Sabda Nabi s.a.w: Ada 4 perkara dipandang sebagai ibu iaitu;

1. Ibu dari segala ubat ialah sedikit makan.
2. Ibu dari segala adab ialah sedikit berbicara.
3. Ibu dari segala ibadat ialah takut melakukan dosa.
4. Ibu dari segala cita-cita ialah sabar.