Rabu, 30 Disember 2009

NASIHAT LUQMAN AL HAKIM




TAZKIRAH



khadija menulis "01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

"

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia



....

¨ Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.
¨ Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
¨ Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
¨ Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
¨ Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
¨ Ujub dan sombong.
¨ Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.
¨ Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
¨ Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
¨ Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
¨ Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
¨ Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
¨ Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
¨ Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.

tajwid

Mad Wajib Muttasil
Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah yang sama..
Ia dinamakan mad wajib kerana para qurra’ telah bersepakat memadkannya lebih daripada mad asli iaitu dengan empat, lima atau enam harakat. Ia juga dinamakan mad muttasil kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berangkai dalam satu kalimah

Mad Jaiz Munfasil
Huruf mad berada di akhir kalimah yang pertama dan huruf hamzah berada diawal kalimah berikutnya , maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan(munfasil) dalam dua kalimah.
Ia juga dinamakan mad jaiz (harus) kerana para Qurra’ berselisih pendapat mengenai kadar panjang bacaan madnya , diantaranya ada yang membacanya dengan kadar dua harakat ,ada yang membacanya dengan empat atau lima dan ada yang membacanya dengan enam harakat. Dinamakan munfasil (berasingan) pula kerana terpisahnya sebab iaitu huruf hamzah dengan huruf mad dalam dua kalimah.

Mad Lazim
Selepas huruf mad terdapat huruf bertanda sukun asli wujud dikala bacaan bersambung atau berhenti bacaan diatasnya , yakni tanda sukun ini sebagai sebab bacaan mad lazim dalam dua keadaan dan kerana semua qurra’ bersepakat ia lazim (mesti) dibaca dengan kadar mad enam harakat maka ia dinamakan mad lazim. Mad ini terbahagi kepada dua iaitu :

Mad Lazim Kalimi

i)Mad Lazim Kalimi Muthaqqal = Mad lazim yang berlaku dalam satu kalimah yang bertasydid
ii)Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf = Mad lazim yang berlaku dalam satu kalimah yang tidak bertasydid



Mad Lazim Harfi

i)Mad Lazim Harfi Muthaqqal = Mad lazim yang berlaku dalam satu huruf yang bertasydid
ii)Mad Lazim Harfi Mukhaffaf = Mad lazim yang berlaku dalam satu huruf yang tidak bertasydid

Mad Farq
Mad terdapat pada huruf hamzah istifham (pertanyaan) diawal kalimah pada ketika pertemuannya dengan huruf hamzah wasal (bersambung) , maka bacaan hamzah istifham dimadkan dengan kadar enam harakat kerana huruf hamzah wasal (bersambung) diibdalkan(ditukar) menjadi huruf mad alif dan diikuti dengan huruf lam bertanda sukun.
Dinamakan dengan mad farq (membezakan) kerana membezakan diantara ayat al istifham (pertanyaan) dan al khabar (pemberitaan).Ianya juga dinamakan dengan nama Mad Lazim Kalimi.

Mad Tamkin
Terdapat dua pendapat :
1) Iaitu satu tempoh yang sekejap dalam kadar dua harakat yang wajib dimadkan untuk menceraikan diantara dua huruf wau (و ) seperti (ءامنوا و عملوا ) atau dua huruf ya’ ( ي ) seperti ( في يومين) kerana bimbang berlakunya idgham atau isqath (gugur) . Ianya juga dii’tibarkan dengan Mad Tabie1

2) Mad pada huruf ya’ ( ي ) pertama bertasydid serta berbaris bawah yang diikuti dengan huruf ya’( ي ) kedua sebagai huruf mad , maka bacaannya tetap dengan dua harakat pada bacaannya bersambung dengan huruf yang berikutnya. Dinamakan dengan mad tamkin kerana mad ini keluar secara tetap dengan sebab syiddah. 2

Mad Taczim
Mad pada perkataan ( لآ) yang bererti “tidak” ketika pertemuaannya dengan perkataan (إله ) yang terdapat pada kalimah Tauhid. Bagi mereka yang membaca Mad Munfasil dengan kadar dua harakat (torik Jazari) , apabila perkataan ( لآ) dalam kalimah Tauhid , ianya dibaca dengan kadar enam harakat.
Ianya juga dinamakan dengan nama mad mubalaghah (berlebihan) kerana melebihkan penafian Tuhan selain Allah s.a.w.