Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

PERKARA YANG MENGHAIRANKAN

RENUNGAN UNTUK MEREKA YANG MENGGENGAM ISLAM DI TANGAN & HATINYA

Sabda RASULULLAH S.A.W ;
Tiadalah kekal berdosa siapa yang memohon ampun,meskipun ia
kembali berbuat dosa 70 kali sehari.

LIMA PERKARA RACUN & PENAWARNYA
DUNIA adalah racun & ZAHID penawarnya
HARTA itu racun & ZAKAT itu penawarnya
PERKATAAN SIA-SIA itu racun & ZIKIR itu penawarnya
SELURUH UMUR itu racun & TAAT adalah penawarnya
SELURUH TAHUN itu racun & RAMADHAN itu penawarnya

KASIH 5 PERKARA & LUPA 5 PERKARA
Kasih mereka kepada HIDUP, Lupa mereka kepada MATI.
Kasih mereka kepada HARTA, Lupa mereka kepada HISAB.
Kasih mereka kepada MAHLIGAI,Lupa mereka kepada KUBUR.
Kasih mereka kepada DUNIA, Lupa mereka kepada AKHIRAT.
Kasih mereka kepada MAKHLUK, Lupa mereka kepada ALLAH.
Itulah yang terjadi kepada umat Islam kita hari ini.

DAN AKHIR KATA SEBAGAI PENUTUP ...INGATLAH!!!!!

Sesungguhnya :
Hartanya itu untuk warisnya
Nyawanya untuk Malaikat Maut
Dagingnya itu untuk ulat-ulat
Tulangnya untuk tanah
Amalan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya

WAHAI PEMUDA

oleh : Imam Hassan Al-Banna

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat
pengikut-pengikut yang beriman penuh dengan ajarannya, yang benar-benar jujur
dalam usaha menegakkan hukum-hukumnya, yang mempunyai semangat yang berkubar
untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu terdapat pula kemudahan
persiapan yang boleh mendorong manusia kearah berkorban serta terus bertindak
menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keimanan, kejujuran, semangat dan
tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama bagi pengertian kepemudaan.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang suci murni; asas
kejujuran ialah sanubari yang jernih lagi hening, dan asas semangat insan ialah
perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah
keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap
merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia
hikmat bagi kegagahan dalam sesuatu keba…

KAJIAN MICHAEL NOSTRAMADUS MENGENAI AKHIR ZAMAN

Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang rakyat Perancis berketurunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia. Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide" Yahud…

SUFI MENURUT KITAB SIRRUL ASRAR

Darwis(Sufi)
Ada satu golongan yang dikenali sebagai sufi. Empat tafsiran diberikan kepada istilah sufi. Ada yang melihatnya pada keadaan zahir mereka memakai baju bulu yang kasar. Bulu dalam bahasa Arab ialah suf. Dari perkataan ini mereka dipanggil sufi. Yang lain melihat kepada kehidupan mereka yang bebas daripada kekacauan dunia ini serta kedamaian dan ketenteraman mereka, keadaan yang sesuai dengan bahasa Arab safa. Daripada perkataan safa itu timbul istilah sufi. Yang lain pula memandang lebih mendalam, kepada hati mereka yang suci murni dan bebas daripada apa sahaja kecuali Zat Allah. Dalam bahasa Arab safi bererti kesucian hati dan dari perkataan itu dikatakan timbul istilah sufi. Yang lain memanggil mereka sufi kerana mereka hampir dengan Allah dan akan berdiri di barisan pertama di hadapan Allah pada hari kiamat. Safi dalam bahasa Arab bermakna barisan.

Terdapat empat alam, empat dunia. Pertama ialah alam atau dunia jirim - tanah, air, api dan angin merupakan jirim dalam alam …

DIMANAKAH TAHAP SEMBAHYANG KITA?

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan Pertama

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.


Golongan Ketiga

Orang ya…

AMANAH HASSAN AL BANNA

"Tahukah kamu kenapa kita tertinggal jauh ke belakang dari salafus saleh? Sesungguhnya satu saja jawapannya dan tiada duanya. Iaitu kerana kita berpaling daripada Al-Qur'an dan tidak melakukan segala apa yg dibawa oleh Rasulullah [saw]."

"Ketahuilah bahwa Muslim akan hanya merasa bahagia di alam nyata apabila mereka menjadikan Al-Qur'an Karim sebagai perlembagaan hidup dan undang-undang mereka. Terimalah satu amanat daripada aku: "Sesungguhnya Allah [swt] tidak akan menolong
orang-orang fasik yang berpaling tadah daripada agama mereka dan melalui jalan syaitan nirrajim. Di hari kita kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah yang suci, di hari itulah kita akan melihat pertolongan Allah [swt] terpampang di hadapan mata kita."

"Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman." [Ar-Rum:47]

"Wahai Tuhanku aku telah menyampaikan! Wahai Tuhanku saksikanlah!"

[Hassan Al-Banna]

ASAL USUL HAJARUL ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudi…

5 SYARAT MEMBUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Abu Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah…

TAKUKAH KITA???

Tahukah saudara/saudari
Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Inimembuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu. "Apa Yang Akan Ditanya:Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali Dalam setiap kali …

LIMA PERKARA DARIPADA SYAQIQ AL BALHI

Syaqiq Al-Balhi berkata : "Aku mencari lima perkara dan aku mendapatkannya dalam lima perkara juga.
Pertama, aku mencari keberkatan dalam rezeki , dan aku mendapatkannya didalam solat Dhuha.
Kedua , aku mencari lampu untuk menerangi kubur , dan aku mendapatkannya didalam solat malam .
Ketiga, aku mencari persediaan untuk menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir ,aku mendapatkannya didalam membaca kitab suci Al-Quran
Keempat , aku mencari tongkat sebagai alat ketika menyeberangi Shiratal Mustaqim , aku telah mendapatkannya di dalam puasa dan sedekah.
Kelima , aku mencari perlindungan dibawah Arasy , aku mendapatkannya didalam khalwat yakni beribadah ditempat sunyi.