Langkau ke kandungan utama

ASAL USUL HAJARUL ASWAD



Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?" Nabi Ismail a.s berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam. Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dimakbulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENJELASAN HUKUM AL-IKHTILAT

Kertas Kerja Seminar Aurat
PENJELASAN HUKUM AL-IKHTILAT
LELAKI DAN PEREMPUAN KONTEMPORARI
Oleh :

Ust. Mohd Azhar bin Abdullah
Jabatan Dakwah Wal Qiadah
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

“ Polimek keruntuhan moral manusia menjadi satu isu yang tidak pernah surut. Kemelut dan keruntuhan ini diwar-warkan oleh agen musuh Islam melalui pelbagai saluran komunikasi yang akhirnya mengheret umat Islam di satu tebing kehancuran pergaulan diantara lelaki dan perempuan tidak dibatasi oleh nilai-nilai Islam yang mereka anuti. Tulisan ini cuba memanufestasikan semula pergaulan dua jantina ini menurut perspektif Islam “

Al-IKHTILAT MENURUT
PERSPEKTIF SYARAK

1.2 Maksud Pergaulan ( al-Ikhtilat )
Pergaulan mengikut pertuturan melayu merujuk perihal bergaul atau bercampur. Dalam hubungan sesame manusia ianya mencakupi aktiviti social seperti perkenalan, berbaik-baik dan bersahabat ( Kamus Dewan : 357 ). Dalam bahasa Arab, perkataan pergaulan sinonim dengan Ikhtilat ( Dr. Ibrahim, Mu`jam al-Wasit …

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DARI
PERSPEKTIF ISLAM
( Haji Mohd. Ali Saripan)
Pendahuluan

Walaupun Nabi Muhammad (s.a.w.) sudah lama
meninggalkan umatnya, namun obor kepemimpinannya tetap
bersinar memberi cahaya kepemimpinan kepada sesiapa
sahaja yang ingin kepada kesejahteraan. Muhammad
(s.a.w.) telah meninggalkan al-Qur’an sebagai asas
kepemimpinan cemerlang dan sunnahnya yang menjadi
bahan ikutan dan contoh teladan kepada manusia
sejagat. Pra-syarat kepemimpinan yang berkualiti
mengikut Islam ialah:

Penghayatan Budaya Ilmu

Syarat ini perlu dipenuhi oleh setiap individu yang
bergelar pemimpin, segala tindak-tanduk dan corak
kepemimpinan mestilah bersandarkan ilmu. Ayat
al-Qur’an yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad
(s.a.w.) berkait-rapat dengan ilmu dan pengajian:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan sekalian makhluk. Ia menciptakan manusia
daripada seketul darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang
amat pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan. Ia mengajar ma…

WAHAI TUHAN, BERILAH AKU TAUFIK DAN HIDAYAH (PETUNJUK) MU.

Selalu kita berdoa kepada Allah seperti demikian. Cuma, perlulah kita ingat bahawa hidayah dan taufik ini adalah berbeza pengertiannya. Sekiranya seseorang itu sudah ingin kepada agama dan ingin hendak melaksanakan hidup secara lslam, kemudian dia pun belajar mengenai agama serta syariat-syariatnya (tauhid, fikah dan tasawuf), maka dia dikatakan sudah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Dia sudah mendapat petunjuk dari Allah iaitu Allah sudah ketuk pintu hatinya supaya ingin beragama. Dia sudah ingin melaksanakan hidupnya secara Islam, cara makan minumnya, cara susunan rumahtangganya, cara kenduri kendaranya dan sebagainya. Dan ilmu pun sedikit sebanyak sudah dipelajari iaitu ilmu syariat. Tetapi dia belum tentu lagi mendapat taufik dari Allah s.w.t. Orang yang mendapat taufik ialah apabila dia melaksanakan ilmu yang dipelajarinya itu, pelaksanaannya tepat dan betul. Jadi bagi orangorang yang sudah mendapat hidayah kemudian melaksanakan apa yang dipelajarinya itu dengan betul, maka…