Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

IMAM SAYUTHI DAN ILMU HADIS.

Imej
IMAM SAYUTHI DAN ILMU HADIS.


Pada tahun 872 h. , sewaktu berusia 23 tahun, Imam Sayuthi mula mengajar Ilmu Hadis dengan kaedah Imlai, satu kaedah yang tertinggi , dengan cara guru membaca hadis dari hafalannya tanpa melihat kitab, dan murid mendengarnya kemudian mencatitkannya. Dikatakan kaedah ini telah berhenti, tiada ulamak yang mempraktikkanya lagi semenjakwafat Imam Ibnu Hajar al Asqolani.Sayuthi menghidupkannya kembali di masjid Jami'Ahmad bin Thulun.Ketika berusia 37 tahun iaitu pada tahun 886 Hijrah beliau mula secara serius mengarang. Imam Suyuti merupakan ulama' hadith yang paling alim pada zamannya, seorang Al-Hafiz yang amat diyakini, mengetahui lafaz-lafaz hadis yang gharib (ganjil) dan mampu mengistinbathkan (mengeluarkan) hukum-hukum darinya. Pada zaman Ibnu Hajar, terdapat beberapa hadith yang tertangguh kerana tidak diketahui siapa perawi dan kedudukan hadith tersebut. Lalu hadith tersebut diajukan kepada Imam Suyuti. Dengan kemahirannya, beliau telah mendatangk…