Selasa, 18 Mei 2010

RENUNGAN UNTUK MEREKA YANG MENGGENGAM ISLAM DI TANGAN & HATINYA


Sabda RASULULLAH S.A.W ;
Tiadalah kekal berdosa siapa yang memohon ampun,meskipun ia
kembali berbuat dosa 70 kali sehari.

LIMA PERKARA RACUN & PENAWARNYA
DUNIA adalah racun & ZAHID penawarnya
HARTA itu racun & ZAKAT itu penawarnya
PERKATAAN SIA-SIA itu racun & ZIKIR itu penawarnya
SELURUH UMUR itu racun & TAAT adalah penawarnya
SELURUH TAHUN itu racun & RAMADHAN itu penawarnya

KASIH 5 PERKARA & LUPA 5 PERKARA
Kasih mereka kepada HIDUP, Lupa mereka kepada MATI.
Kasih mereka kepada HARTA, Lupa mereka kepada HISAB.
Kasih mereka kepada MAHLIGAI,Lupa mereka kepada KUBUR.
Kasih mereka kepada DUNIA, Lupa mereka kepada AKHIRAT.
Kasih mereka kepada MAKHLUK, Lupa mereka kepada ALLAH.
Itulah yang terjadi kepada umat Islam kita hari ini.

DAN AKHIR KATA SEBAGAI PENUTUP ...INGATLAH!!!!!

Sesungguhnya :
Hartanya itu untuk warisnya
Nyawanya untuk Malaikat Maut
Dagingnya itu untuk ulat-ulat
Tulangnya untuk tanah
Amalan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya

WAHAI PEMUDA



oleh : Imam Hassan Al-Banna

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat
pengikut-pengikut yang beriman penuh dengan ajarannya, yang benar-benar jujur
dalam usaha menegakkan hukum-hukumnya, yang mempunyai semangat yang berkubar
untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu terdapat pula kemudahan
persiapan yang boleh mendorong manusia kearah berkorban serta terus bertindak
menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keimanan, kejujuran, semangat dan
tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama bagi pengertian kepemudaan.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang suci murni; asas
kejujuran ialah sanubari yang jernih lagi hening, dan asas semangat insan ialah
perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah
keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap
merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia
hikmat bagi kegagahan dalam sesuatu kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah
yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan. Allah
berfirman yang bermaksud;

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka;
dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka. (Al-Kahfi: 13)

Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan
yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang
kian berlipat ganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu
kamu itu akan menjadi bertambah berat. Oleh itu sepatutnya kamu berfikir
panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke
hadapan demi mennyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak mereka dengan sempurna
melalui angkatan pemuda sendiri.

Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya
tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup
mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari
kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang
hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang
terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh;
oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak
mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan
juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda
tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih
banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda
tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai
ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan kebajikan di akhirat kelak.

Kita, Angkatan Pemuda Islam ini, bertuah sebab kita termasuk kedalam golongan
yang kedua lalu terbukalah mata kita melihat umat yang terus menerus berjuang
serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebiasaan. Oleh itu, bersedialah wahai
angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenagan itu untuk orang-orang yang
beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan yang
terus menerus bekerja dan bertindak.

Wahai angkatan pemuda!

Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang
membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah
lahirnya berbagai corak ideologi dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam
program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya
begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya
memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu
mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala ideologi tadi serta suatu
analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang
mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan pembaikan dan
pembinaan. Memandang semua inilah saya berasa berkewajipan menerangkan dengan
jelasnya kepada anda sekalian dari hal hakikat dan program dakwah Islam untuk
kurun yang ke-14 hijrah ini.





"TIDAK ADA APA YG LEBIH MANIS DLM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA BERJAYA
MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN & CINTA ILAHI." MUTHIAH HABIBATULLAH#