Khamis, 20 Mei 2010

PERKARA YANG MENGHAIRANKAN


PERKARA YANG MENGHAIRANKAN

Pernah diriwayatkan bahawa usman r.a telah menafsirkan Firman ALLAH yang bermaksud

Dan dibawah rumahnya ada harta simpanan milik keduanya .dan bapa keduanya adalah orang soleh

Beliau berkata bahawa yang dimaksudkan dengan harta simpanan dalam ayat ini ialah sekeping Emas dan padanya ada teretulis tujuh kalimat :

Pertama ,aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati,tetapi masih ketawa

Kedua ,aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akana binasa ,tetapi msih mencintainya

Ketiga aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara yang terjadi menurut takdir ,tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu

Keempat, akua hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan ,tetapi masih sibuk mengumpulkan harta

Kelima,aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka ,tetapi masih melaku8kan dosa

Keenam,aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin ,tetapi masih mengingat selainNya.

Ketujuh ,aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya ,tetapi masih mematuhinya