Ahad, 29 Ogos 2010



KELUASAN API NERAKA??????


>Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
>saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka
>ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
>Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
>dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
>bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah
>itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
>Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
>Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
>seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
>putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
>pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
>andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
>dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
>andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
>nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg
>mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut
>dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
>bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
>seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
>hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
>perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
>potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
>bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
>Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
>kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
>lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih
>panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah
>lebih panas)Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab
>Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
>kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga
>Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin
>bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke
>empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu
>kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam
>segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan
>penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
>dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, >sehinggaJibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
>dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku
>dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke
>dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
>Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk
>ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
>kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan
>minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
>Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
>kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
>bahawa neraka jahanamKu itu:
>
>1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
>
>2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
>
>3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
>
>4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
>
>5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
>
>6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
>
>7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
>
>8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
>
>9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun
> yang hitam pekat.
>
>10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
>
>11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
>
>Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
>
>Wallahua'lam.
>
>Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
>
>Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
>dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
>menerangkannya
>kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
>dilaknat oleh sekalian makhluk.
>
>Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah
>pesanku biarpun satu ayat..
>
>"Sesungguhnya Ilmu itu akan membakar kamu jika tidak disebarkan."sebarkan......

(copy & paste)