Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

kawan

Ketika waktu senang, jangan lupa diri dan berkata sesuatu yang melukakan hati mereka yang bersama kita ketika waktu susah.

Jangan kerana ingin mengejar kawan baru dan menyedapkan hati rakan baru ketika waktu senang sehingga terlupa dan menyisihkan perasaan kawan dan rakan seperjuangan yang bersama kita ketika waktu susah kerana percaya selama ini kita di landasan yang betul.

Bagi mereka yang men
gejar kawan dan rakan baharu sehingga terlajak menyinggung perasaan kawan dan rakan seperjuangan ketika waktu susah... usah salahkan mereka sekiranya mereka meninggalkan kita kerana terasa kita sudah terlupa mengapa mereka sanggup bersama kita ketika waktu susah.

Akhirnya burung di semak tidak dapat, burung di dalam tangan keterbangan.

Sesungguhnya hanya kawan dan rakan seperjuangan sebenar sahaja akan tinggal di sisi kita ketika waktu susah untuk mengharungi bersama, yang lain hanya datang ketika waktu kita senang.

Sebagai peringatan untuk diri sendiri. Senyum.




dPd: Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man…