Sabtu, 8 Februari 2014

Nota kuliah Ustaz Hisyamudin

Bismillah

Nota Ringkas Kuliah Duha KoTaRaJa
8 februari
10.48 a.m
Ust Hisyamudin
Pengajian kitab Minhajul Abidin

Makna perkataan Al Abidin iaitu yang mengibadahi Allah.

Minhaj pula Jalan2 atau cara-cara.

Minhajul Abidin- Jalan-jalan yang seharusnya ditempuh oleh hambanya kepada Allah SWT.

Imam Al Ghazali mengariskan 7 minhaj.

1. ILMU (Makrifat) - mesti sampai memakrifatkan Allah.
2. TAUBAT
3. RINTANGAN - Bila sudah kenal Allah maka pasti ada rintangan yang perlu ditempuh
4. GODAAN
5. PENDORONG - Motivasi .
6. HINAAN
7. PUJI DAN SYUKUR

ILMU

- Ilmu dan amal(ibadat) saling berkait
- kita diminta merenung langit dan bumi agar beroleh ilmu tentang keagungan Allah SWT. Rujuk Surah At Talak Ayat 12.
- maka datanglah kewajiban mengibadahi Allah. Rujuk surah Az Zariyat ayat 56.

konsep ibadah dan amal
1. Ibadah Khusus
     - Wajib
     - Sunat
     ( ahli ibadah)
2. Ibadah Umum
     - Menegakkan Islam
        ( Mujahid)
     - mencari nafkah  
        (Pekerja)

- Seharusnya kita akan memusatkan hati dan fikiran hanya untuk ibadah dan ilmu
- berfikir selain untuk ibadah dan ilmu adalah batil atau sesat

KERJA SEBAGAI SATU IBADAH
Bekerja mencari nafkah, bawa ke syurga dan syaratnya;
1. Pekerjaan yang harus hukumnya mengikut syariat
2. Membetulkan niat bekerja Ikhlas kerana Allah SWT
3. Tidak melanggar prinsip-prinsip syariah
4. Natijah pekerjaan mesti betul
5. Tidak meninggalkan ibadat-ibadat yang asas.

- Ilmu lebih utama daripada ibadah
*Sabda Rasulullah S.A.W daripada Imam tirmizi   
Sesungguhnya Orang berilmu itu lebih baik daripada orang yang beribadah.
- kisah 2 orang lelaki yang di uji. Lelaki pertama ialah lelaki yang tiada ilmu tetapi dia beribadah. Mahupun lelaki yang kedua , beliau berilmu akan tetapi tiada beribadat. Maka dua lelaki ini diuji dengan seorang penguji dengan keadaan rupa parasnya yang mengagumkan. Kemudian si penguji berka pada lelaki pertama " Wahai hambaku aku telah mengampunkan dosamu" lalu jawab lelaki itu "oh , itulah yang aku harapkan selama ini" . Kemudian penguji itu pergi ke pemuda yang kedua dan bertanya soalan yang sama kepada lelaki kedua tersebut, lalu jawab lelaki tersebut " engkau fikir aku tidak kenal tuhan?"

Rasulullah bersabda yang mafhumnya ; Melihat wajah ulamak lebih ku sukai daripada beribadah setahun puasa dan qiamulail
- Rasulullah juga bersabda dengan mafhumnya " adakah hendak aku tunjukkan kepada kamu orang yang paling mulia dalam syurga?", maka berkata sahabat " sudah tentu ya Rasulullah" maka rasulullah pun berkata "mereka adalah ulamak dikalangan ummatku"
- sabda Rasulullah juga
"Ilmu itu adalah imam kepada amal, dan amal itu adalah pengikutnya"
- ilmu umpama pohon dan ibadat umpama buahnya.
- Hasan Al Basri berkata ; tuntutlah ilmu tanpa lalai dari ibadat dan beribadatlah tanpa lalai dari menuntut ilmu «nota sumber kata imam hasan basri ini tidak terdapat dalam kitab minhajul abidin yang diterjemahkan oleh Sheikh Daud Al Fathoni, ia terdapat dalam kitab imam al ghazali yang lain»

- Berasaskan ilmu, maka ibadah akan berhasil
- kita mesti terlebih dahulu mengenal siapa yang kita sembah.
- menjadi sia-sia ibadat oleh seseorang yang mengiqtiqadkan sesuatu yang tidak layak bagi tuhan yang di ibadatinya
(Tanpa mengenalNya, boleh mengakibatkan su'ul khatimah)

Kategori Su'ul Khatimah
1. Rosaknya  keyakinan kepada Allah bila mati (hati menjadi ragu dan tidak lagi mempercayai Allah dan paling besar  bahayanya )
2. Rosaknya kecintaan kepada Allah (Cintakan dunia )

Di Dalam kitab Bahrul Mazi terdapat nas yang menyatakan solat sunat boleh dilaksanakan dalam keadaan berjemaah, hadis ini disebutkan  dalam bab susunan saf. Mohon sama kita rujuk.

Mutiara kata yang dapat dipetik daripada Al Fadhil Ustaz
- kena letih untuk ilmu dan ibadah
- Niat yang baik, tak boleh ditangguhkan
- kita akan mati seperti mana yang kita hidup

Sekian di notakan.
Perkongsian Bersama .    Maaf, tidak dapat sertakan matan hadis kerna handset tidak ada format arabic.

Imran Radzi Algerikii
8 februari 2014
2.26 p.m

Khamis, 6 Februari 2014

Nota Kuliah Tuan Guru Zulkurnaian Hasan

Bismillah
06 feb 2014

pengajian kitb munyatul musolli oleh Tuan Guru Imam Zulkurnain Al Hafiz
bertempat di KoTaRaJa

Kesempatan pengajian dgn A.F ust beberapa pkara y penting y sempat sy bicarakan dlm helaian nota saya. Mudahan pkongsian y serba sdikit ini bmanfaat utk kita bsama.

nota;

Syarat Sah Takbiratul Ihram
1. Pyebutan y btul disudut makhraj , baris dan sabdunya
2. berdiri bg y mampu
3.penyebutn secara muwalah (berturutan) dan tertib mgikut susunan ayat
4. dimuqaranahkan (disertakan niat kedalamnya)
5. panjang huruf lam pada lafaz Allah di antara dua harkat hingga 14 harakat tetapi terbaiknya 2 harkat shj.
6. diperdengarkan ketelinga penyebutan lafaz takbir iaitu jika tidak ada sebarang halangan. antara halangannya bising atau kerosakan telinga
7.dalam waktu solat
8.diucapkan stelah slesai takbiratul ihram imam bg makmum.peringatan- pastikan imam habis sebut takbir bru makmum bleh truskn

syarat sah berdiri tegak
1. bdiri dgn sengaja dgn khendak sndiri
2. mhadap kiblat
3. diluruskn kaki, x leh bengkok
4. diluruskn tulg belakg
5. meluruskn perDIRIan
6. berkuat di atas kaki, tidak bsandar, tidak btongkat , tidk tgntung dan dgayut

smbhyg dlm keadaan duduk bg y x mmpu, maka duduk ada dua macam
1. duduk iftirasy iaitu duduk tahiyat awal
2. duduk y tmmpu skiranya x mmpu duduk iftirasy

paling kurang ruku smsa smbhyg duduk ialah dahi bsama dgn kpala lutut , afdal kpala disamakn dahi dgn tmpat sujud dgn cara di angkatkn punggung sdikit

muqaranah iaitu pyertaan niat ada 5 jenis
1. muqaranah kamaliah
iaitu niat yang palin sempurna dgn myebut Allahu Akbr. qasad dan ta.rud dan ta.yin
2. urfiah iaitu mhadirkn  mhadirkn niat y tsebut di dalm takbirnya, hadir niat itu pda suku samada Allah ataupun akbr
3. muqaranah tauziiyah iaitu mensuku sukukn lg niat tsebut pada satu tkbir cth Allah, di qosadkn pada Alla  dan ta'rud pada hu.

syarat niat
1. qosod
2.ta'rud
3. ta'yin

ucapan solat y wajib di dengar ditelinga
1. takbiratul ihram
2. al fatihah
3. bacaamw tahiyat
4. selawat
5. salam ptama iaitu kalimah assalamualaikum shj

fungsi takbir imam
1. Perintah utk makmum utk mgikutnya
2. pmberitahuan pgerakn imam dari rukun ke rukun y lain dan pgerakn sterusnya
3. mberi pnduan slps makmum bgerak
4. utk myelaraskn pgerakn makmum

rasulullah pnh bsbda mfhumnya tdpt dua pkara dlm solat y lbih tbaik dpd dunia dan seisinya
1. duduk saf paling dpn bg lelaki
2. takbir selepas imam takbir (jaraknya 2 detik)
*nabi kata siapa boleh buat takbir ini dlm 40 waktu solat ia akn jauh dpd mjd org munafiq dan dibebaskn dpd neraka.[muafiq y smpurna]

persoalan
adakah sah solat tersebut sekiranya pada pada takbirnya masuk waktu yang lain. cth seorg telah lewat solat zohor , dia angkt takbir phtu bila pkataan allahu tu azan asar pula bbunyi, maka ia mjd solat qodho,teruskn solat,dan ulang smula solatnya slps solat qodho nya slesai skiranya bhenti solat dgn sengaja hukumnya haram , namun bbeza pula dgn situasi bgini skiranya seorg itu tlewat solat zohor dan dia selesai mbca takbiratul ihram scara smpurna dan azan asar pula bkumandg. maka solat itu adalah solat zohor.

algerikii

1.07 p.m