Jumaat, 19 Jun 2015

BINGKISAN PERANTAU

BINGKISAN PERANTAU

TAQWA 1.
Alhamdulillah.
Ucapkan syukur kerna dimudahkan kita berada dalam madrasah ramadhan. Semoga dengan madrasah ini bisa mengeluarkan graduasi-graduasi yang hebat bila tamatnya ramadan.

Khamis, 18 Jun 2015

NOTA PERANTAUAN

NOTA PERANTAUAN

Alhamdulillah syukur buat yang Rabbul Jalil kerna mempertemukan sekalian hambanya ini dengan Ramdhan. Pastinya Ramadan adalah dambaan serta rinduan buat orang-orang yang mengejar ketaqwaan. Ramadhan menjengah , bukan untuk kita menjadi hamba ramadan, namun ramadhan tiba untuk mengikat setiakan lagi antara hamba-hambaNya dengan Allah. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita sebagai hamba yang bersungguh-sungguh dengan Allah sejajar dengan firman Allah SWT dalam surah Al Ankabut ayat terakhir

(وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ)
Ertinya : Orang-orang yang bersungguh-sunguh itu nescaya Kami akan memberi petunjuk mereka itu atas jalan Kami.

Mudahan kita menjadi
1. Hamba yang bersungguh-sungguh pada Khaliqnya
2. Anak yang besungguh-sungguh mengejar kesolehannya.
3. Umat yang bersungguh-sungguh mentaati perintah Ar Rasulnya
4. Pejuang yang bersungguh-sungguh terhadap Ad Dinnya
5. Pelajar yang bersungguh-sungguh terhadap pelajaranya.

Semoga Ramadhan kali ini lebih terbaik daripada sebelumnya.