NOTA PERANTAUAN

NOTA PERANTAUAN

Alhamdulillah syukur buat yang Rabbul Jalil kerna mempertemukan sekalian hambanya ini dengan Ramdhan. Pastinya Ramadan adalah dambaan serta rinduan buat orang-orang yang mengejar ketaqwaan. Ramadhan menjengah , bukan untuk kita menjadi hamba ramadan, namun ramadhan tiba untuk mengikat setiakan lagi antara hamba-hambaNya dengan Allah. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita sebagai hamba yang bersungguh-sungguh dengan Allah sejajar dengan firman Allah SWT dalam surah Al Ankabut ayat terakhir

(وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ)
Ertinya : Orang-orang yang bersungguh-sunguh itu nescaya Kami akan memberi petunjuk mereka itu atas jalan Kami.

Mudahan kita menjadi
1. Hamba yang bersungguh-sungguh pada Khaliqnya
2. Anak yang besungguh-sungguh mengejar kesolehannya.
3. Umat yang bersungguh-sungguh mentaati perintah Ar Rasulnya
4. Pejuang yang bersungguh-sungguh terhadap Ad Dinnya
5. Pelajar yang bersungguh-sungguh terhadap pelajaranya.

Semoga Ramadhan kali ini lebih terbaik daripada sebelumnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENJELASAN HUKUM AL-IKHTILAT

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

WAHAI TUHAN, BERILAH AKU TAUFIK DAN HIDAYAH (PETUNJUK) MU.