Ummah Rosak !

Agenda penjahanaman semula dan peruntuhan nilai-nilai Islam daripada yahudi kepada ummah jawi khususnya boleh kita saksikan di kaca mata kita sendiri. Apa yang kita rasa tidak tergambar pada fikiran kita sejak kecil ternyata berlaku di hadapan kita. Nilai-nilai murni pada ummah nusantara sekarang kian terhakis lagi robek.

Silibus pendidikan yang saya rasa terbaik dalam mensistemkan pemuda-pemudi Islam supaya menjadi golongan yang benar-benar menepati generasi madani. Amat malang telahan saya dangkal sama sekali. Apatah lagi, gejala kerosakan akhlak ini galak disenikan dipentas maya. Agenda pembogelan dan pencarikan maruah kerap sekali dihidang buat muda mudi. Akhirnya wujudlah generasi yang tiada nilai ukhrawi.

Politikus pula berlumba-berlumba meratah harta rakyat, menjual nama-nama dan kalam Allah untuk keuntungan dan kelesaan serta menambahkan keempukan kerusi. Agenda merakyatkan hanya menjadi pertaruhan dan omongan kosong belaka. Ingatkah kita bagaimana ummah jawi dahulu celik dalam tulisan jawi. Tapi apa yang jadi sekarang?• Saya rasa amatlah benar kalam-kalam ulamak hadramaut yang mengatakan "siasah najasah" politik itu najis. Agenda penajisan ini akan berlangsung sehingga hari kiamaat.

Agamawan pula sibuk bercakar mulut,  merosak khazanah turath , menilai serta mentahkik semula kitab-kitab ulamak terdahulu seolah ia lebih alim daripada pemilik kitab. Memaudukkan hadis itu kerja mulia dikalangan mereka. Melagakan ummah supaya berpegang dengan pendapat minoriti dikalangan mereka itu adalah kerja ikhlas yang akan diganjarkan pahala disisi mereka. Ahhhh.....

Sedari saudara saudari, ummat jawi akan sentiasa mandom sekiranya peraturan kehidupan ini di acukan oleh mereka membabi buta tanpa menyandarkan pada panduan utama Al Quran dan Sunnah serta bimbingan serta nasihat daripada ulamak yang  benar lagi sahih.

Sistem pendidikan pula semestinya mengikut manhaj islam serta wasilah pendekatan ulamak-ulamak terdahulu. Saya tidak sokong pendapat-pendapat dikalangan ustaz-ustaz muda yang kononnya sanggup menukar imej dan penampilan ulamak kepada pemakaian ala-ala rock kononnya boleh "masuk" dengan golongan seperti ini. Contohilah golongan ahl gerakan dakwah tabligh, berapa ramai yang telah mereka islamkan dan telah berubah mengikut manhaj sebenar kehidupan. Malahan juga dikalangan selebriti ramai yang berhijrah kerana wasilah mereka benar-benar yang di praktikkan oleh ulamak-ulamak silam.

Agamawan pula sebaiknya memperhalusi konsep khilaf dan konsep lapang dada berkenaan permasalah cabang dalam agama. Dalam masa yang sama juga akidah ahli sunnah wal jamaah Asyairah Maturidiah bermazhabkan Syafii dan bertasawwufkan cara kaedah Imam Al Ghazali perlu diperkasakan dengan penuh mahabbah.

Kesimpulannya, saya amatlah mengharapkan ruh islam kembali tersubur semula. Desawarsa ini memaang di akui program pengajian dan dan kesedaran dakwah dikalangan daei memang tumbuh cemdawan. Namun kurang ruh dan keberkatan. Keberkatan itu akan tercapai sekiranya sikap waraq di praktekkan dalam kehidupan seharian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENJELASAN HUKUM AL-IKHTILAT

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

WAHAI TUHAN, BERILAH AKU TAUFIK DAN HIDAYAH (PETUNJUK) MU.