Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 2, 2017

Diari

Hari ini menemani isteri ke klinik kesihatan bakal ibu. Doktor bagi tahu tadi, kondisi bakal putra kami dalam keadaan baik. Kondisi isteri pula dalam keadaan baik, cuma HB masih kurang dan memerlukan pemakanan yang menyumbang kepada penambahan darah.Mohon doakan putra kami dan isteri dalam keadaan sihat sepenuhnya.رب هب لي من لدنك ذرية طيبة انك سميع الدعاء...

Ummah Rosak !

Agenda penjahanaman semula dan peruntuhan nilai-nilai Islam daripada yahudi kepada ummah jawi khususnya boleh kita saksikan di kaca mata kita sendiri. Apa yang kita rasa tidak tergambar pada fikiran kita sejak kecil ternyata berlaku di hadapan kita. Nilai-nilai murni pada ummah nusantara sekarang kian terhakis lagi robek.Silibus pendidikan yang saya rasa terbaik dalam mensistemkan pemuda-pemudi Islam supaya menjadi golongan yang benar-benar menepati generasi madani. Amat malang telahan saya dangkal sama sekali. Apatah lagi, gejala kerosakan akhlak ini galak disenikan dipentas maya. Agenda pembogelan dan pencarikan maruah kerap sekali dihidang buat muda mudi. Akhirnya wujudlah generasi yang tiada nilai ukhrawi.Politikus pula berlumba-berlumba meratah harta rakyat, menjual nama-nama dan kalam Allah untuk keuntungan dan kelesaan serta menambahkan keempukan kerusi. Agenda merakyatkan hanya menjadi pertaruhan dan omongan kosong belaka. Ingatkah kita bagaimana ummah jawi dahulu celik dalam …