WAHAI TUHAN, BERILAH AKU TAUFIK DAN HIDAYAH (PETUNJUK) MU.


Selalu kita berdoa kepada Allah seperti demikian. Cuma, perlulah kita ingat bahawa hidayah dan taufik ini adalah berbeza pengertiannya. Sekiranya seseorang itu sudah ingin kepada agama dan ingin hendak melaksanakan hidup secara lslam, kemudian dia pun belajar mengenai agama serta syariat-syariatnya (tauhid, fikah dan tasawuf), maka dia dikatakan sudah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Dia sudah mendapat petunjuk dari Allah iaitu Allah sudah ketuk pintu hatinya supaya ingin beragama. Dia sudah ingin melaksanakan hidupnya secara Islam, cara makan minumnya, cara susunan rumahtangganya, cara kenduri kendaranya dan sebagainya. Dan ilmu pun sedikit sebanyak sudah dipelajari iaitu ilmu syariat. Tetapi dia belum tentu lagi mendapat taufik dari Allah s.w.t. Orang yang mendapat taufik ialah apabila dia melaksanakan ilmu yang dipelajarinya itu, pelaksanaannya tepat dan betul. Jadi bagi orangorang yang sudah mendapat hidayah kemudian melaksanakan apa yang dipelajarinya itu dengan betul, maka bererti dia telah mendapat taufik bersama. Ertinya, dia telah dapat kedua-dua hidayah dan taufik dari Allah s.w.t. Mula-mula hatinya telah diketuk oleh Allah untuk ingin kepada beragama serta ingin melaksanakan hidupnya cara lslam hingga mendorong dia mempelajari ilmu syariat. Kemudian apabila dia melaksanakan tindak tanduknya, perjuangan dan jihadnya, perbuatan dan usaha ikhtiarnya, semuanya tepat dengan ilmu syariat yang di pelajarinya.
Dalam hal ini, kadang-kadang kita dapati setengah-setengah orang itu sudah ingin kepada agama dan sudah ingin melaksanakan hidupnya cara lslam dan dia pula sudahpun mempelajari ilmu syariat samada di bidang tauhidnya. fikah dan tasawufnya tetapi apabila dia cuba melaksanakan tindak tanduk serta perbuatan dan usaha ikhtiarnya, didapati tidak tepat dengan ilmu yang dipelajarinya. Ada saja salahnya. Orang demikian sudah mendapat petunjuk tetapi tidak mendapat taufik dari Allah. Sebab itu, kadang-kadang perbuatannya berlawanan saja dengan syariat, berlawanan dengan kehendak Allah serta berlawanan dengan Al-Quran dan sunnah. Padahal ilmunya sudah tepat dan keinginannya pun sudah ada. Dan kerana itu jugalah, kita mesti selalu memohon kepada Allah dua-dua sekali iaitu taufik dan hidayah. Janganlah kita memohon kepada Allah akan petunjuk saja. Hendaklah kita minta taufik dariNya disamping kita memohon petunjuk. Kalau kita mendapat petunjuk dan taufik dari Allah, maka setiap perbuatan kita serta cakap-cakap kita sesuai dengan kehendak Allah, tepat dengan kehendak syariat serta Al-Quran dan sunnah. Orang yang telah mendapat kedua-dua hidayah dan taufik inilah yang dikatakan orang yang sudah mendapat hikmah. Orang yang mendapat hidayah sahaja, belum tentu dia berhikmah.

Lelaki Yang Bakal Ke Neraka


"Pertama:- Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....." Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ????? Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T. SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB."

MUTIARA KATA

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.


Masa yang pergi

سل نفسك كم اعطيت ربك من وقتك ؟ لأن اهل الغفلة اعطو كل اوقاتهم لشهوتهم نسوا الله فنسيهم Tanya dirimu, berapakah waktu yang kamu peruntukka...