Skip to main content

LIMA PERKARA DARIPADA SYAQIQ AL BALHI


Syaqiq Al-Balhi berkata : "Aku mencari lima perkara dan aku mendapatkannya dalam lima perkara juga.
Pertama, aku mencari keberkatan dalam rezeki , dan aku mendapatkannya didalam solat Dhuha.
Kedua , aku mencari lampu untuk menerangi kubur , dan aku mendapatkannya didalam solat malam .
Ketiga, aku mencari persediaan untuk menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir ,aku mendapatkannya didalam membaca kitab suci Al-Quran
Keempat , aku mencari tongkat sebagai alat ketika menyeberangi Shiratal Mustaqim , aku telah mendapatkannya di dalam puasa dan sedekah.
Kelima , aku mencari perlindungan dibawah Arasy , aku mendapatkannya didalam khalwat yakni beribadah ditempat sunyi.

Comments

Popular posts from this blog

KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI

*KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI*Pengarang : Tuan Guru Sheikh Baba Abu Qutaibah Rasyidi Abd Rahman Al Fathoni.*Intipati kitab*
📒 Muqaddimah Muhaqqiq
📕Sejarah Ringkas Al Allamah Al Alim Rabbani Sheikh Daud Al Fathoni
📘 Manuskrip tulisan tangan Sheikh Daud Al Fathoni
📘 Menerangkan permasalah khilafiah dalam solat menurut pendapat imam 4 mazhab
📓 mentakhrij hadis ,mesyarahkan ibarat kitab munyatul musolli
📒Memahamkan method pendalilan yang berlaku dalam kitab munyatul musolli .
📓Rujukan utama nusantara dalam bab solat.Kualiti kitab:
🏷Kulit kitab tebal dan amat berkualiti
🏷545 muka surat*Harga RM85 Sekali postage*Berminat boleh PM Imran Radzi Algerikii +60134872970

Kitab Fathul Muin

Kitab Fathul MuinIa merupakan kitab fiqh syafii yang muktabar. Kitab ini sering kali menjadi rujukan utama di nusantara dalam permasalahan² fiqh.
Dalam perbahasan solat, kitab ini lebih terbaik untuk dijadikan rujukan. keistimewaan kitab Fathul Mu'in ini adalah menyebutkan beberapa perkhilafan di antara ulama' dan diambil dari kitab-kitab mereka yang muktabar, dengan mentarjih pendapat mereka baik secara sorih/jelas atau malah melatih kecerdasan pembaca dengan hanya memberikan isyarat atau ibarat yang samar. Dan kebanyakan, pendapat yang diikuti oleh pengarang adalah pendapat guru beliau iaitu Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami, dan guru inilah yang dikehendaki ketika pengarang menyebut Guruku (Syaikhuna). Menurut pengarang kitab Sheikh Zaynuddin al-Malibiri, dalam pemilihan pendapat ulama mazhab yang berbeza, beliau biasanya mendahulukan pendapat Imam al-Nawawi dan Imam al-Rafi'i, kemudian baru pendapat ulama-ulama tahqiq muta-akhkhirin yang lain.Kitab Fathul Mu'in ini ada…

Apakah hukum membaca yasin malam jumaat?

Tidak ada larangan untuk membacanya, malah akan dapat pahala. Imam As Suyuti menyebutkan dalam kitab خصوصيات يوم الجمعة , belia menukilkan hadis yang telah di bawa oleh al imam al baihaqi iaitu:من قراء ليلة الجمعة حم الدخان ويس اصبح مغفورا له
Maksudnya ialah barang siapa yang membaca pada malam jumaat surah ad dukhan dan yasin, maka akan terampun dosanya.Jadi, malam jumaat dipilih kerna ia adalah penghulu kepada semua hari dan penuh keberkatan.