Pengetahuan

Pengetahuan adalah teman kita yang terbaik. dia sentiasa mengikut kita ke
mana pun kita pergi. Tatkala semua orang menolak kita, pengetahuan tetap
membisikkan sesuatu yang berharga.

Guruku

Kenangan bersama Ustaz Fadil bin Ishak, Guru saya semasa belajar di SMK Gerik. Beliau antara guru yang  banyak membimbing saya sewaktu zaman persekolahan. Mudahan Allah mempermudahkan urusan ustaz dunia dan akhirat..

KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI

*KITAB TAHQIQ Al WAFI 'ALA MUNYATUL MUSOLLI*

Pengarang : Tuan Guru Sheikh Baba Abu Qutaibah Rasyidi Abd Rahman Al Fathoni.

*Intipati kitab*
📒 Muqaddimah Muhaqqiq
📕Sejarah Ringkas Al Allamah Al Alim Rabbani Sheikh Daud Al Fathoni
📘 Manuskrip tulisan tangan Sheikh Daud Al Fathoni
📘 Menerangkan permasalah khilafiah dalam solat menurut pendapat imam 4 mazhab
📓 mentakhrij hadis ,mesyarahkan ibarat kitab munyatul musolli
📒Memahamkan method pendalilan yang berlaku dalam kitab munyatul musolli .
📓Rujukan utama nusantara dalam bab solat.

Kualiti kitab:
🏷Kulit kitab tebal dan amat berkualiti
🏷545 muka surat

*Harga RM85 Sekali postage*

Berminat boleh PM Imran Radzi Algerikii +60134872970

Belajar Ilmu Fiqh sebelum nikah

Imam Bukhari, di dalam Sahihnya meriwayatkan satu atsar dari Sayyidina Umar ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ
beliau berkata:

تفقهوﺍ قبل ان تسواود

"Faqihlah (belajar & mendalami) kamu dalam ilmu agama terlebih dahulu, sebelum kamu menjadi pemimpin nanti"

Syeikh Samir mengatakan bahawa maksud daripada hadis tersebut ialah:

"Belajarlah kamu ilmu fiqh sebelum kamu BERNIKAH dan menjadi "tusawwad" iaitu pemimpin rumah tangga, sebelum nanti kamu disibukkan dengan urusan rumah tangga dan kamu sudah tidak sempat lagi belajar."

Soal Jawab agama

Dengan Izin daripada Allah, saya akan memuatkan pada  blog saya dengan artikel²  Q&A (Question and Answer) berkenaan permasalah fiqh dalam qaul muktamad sisi mazhab syafii terutama dalam perkara yang bersangkut paut tentang harian kita.

Hukum menyembelih korban pada waktu malam

Ibadah korban pada waktu malam dimakruhkan disisi ulamak, tetapi ia dibolehkan sekiranya 3 syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha mazhab syafii tidak berlaku. 3 perkara tersebut ialah

1. Daging akan menjadi lembik dan tidak segar pada waktu malam
2. Akan menjadi kesilapan pada haiwan yang dikorban tersebut dan kemungkinan boleh mencederakan penyembelih kerana malam yang gelap.
3. Selalunya orang miskin tidak akan hadir pada majlis korban oada waktu malam.

Sekiranya dikalangan kalian berhajat untuk melakukan ibadah korban sebaiknya elakkan 3 perkara tersebut.

Tuan Direktur

Tuan Direktur ialah sebuah naskah yang ringan tetapi berat dengan pesan. Iktibarnya lemak-lemak santan yang menyusupi segenap deria jiwa. Setiap faedah dan amaran dari cerita atau katanya halus melekat di ruang sanubari mengajak kita mensempadani atau menaledani. Ingatkan pesan panjang ini, yang menikam kelobaan kita untuk mencari dan terus mencari sampai tidak tahu berhenti.

Sebuah mahakarya HAMKA tentang manusia kecil yang terdaya bangun, berdiri megah , mendongak langit... Tidak kekar sehinggakan lupa rumput di bumi.

Diariku (Ayahku Radzi)

Hari ini ku gagahkan kaki  untuk ke masjid. Meskipun penat berharian dengan isteri keluar untuk persiapan kelahiran putra sulong kami. Tambahan pula, fikiranku celaru memikirkan pencarian pencarian rezeki yang hampir dua bulan tiada pekerjaan tetap selepas tamat bergraduasi di Jordan. Ahhhh. Pedulikan.. Aku terus bingkas bersiap  ke Masjid dengan harapan ada perubahan dalam kehidupanku dan ada hidayah Allah yang mengetuk sanubariku.

Istimewanya kuliah di masjid pada hari ini, tajuk kuliah berkenaan " dajjal zaman akhir zaman". Aku menghayati sepenuhnya kalam serta pengisian dari pak ustaz tanpa lelapan mata kepenatan dek kepenatan fikir di tengah hari. Jemaah yang lain pun begitu, dongakan kepala tanpa tolehan, duduk sila yang tetap rapat tanpa ubah lipatan kaki. Pak ustaz membawa kami menjelajahi hari besar tanda-tanda akhir zaman, membuatkan aku dan para jemaah tekun mendengar dan gerun dengan kekalutan pada akhir zaman. Nanti siri akan datang aku cuba kongsikan berkenaan fonomena akhir zaman dan karakter dajjal, in sha Allah.

.......

Seusai sahaja kuliah dan solat isya berjemaah. Ketika zikir imam selepas solat tetiba fikiranku menerawang seketika dan aku rasa hatiku diketuk semula oleh Allah. Aku teringat dulu-dulu masa kecilku mana ayah aku banyak menyimpan gambar² artis-artis nasyid. Gambar tersebut di dapati daripada surat khabar lalu diguntingnya dengan cermat lalu dikoleksikan dalam satu fail. Antara artis-artis nasyid pujaan ketika itu raihan, hijjaz dan kumpulan rabbani. Istimewanya ayahku letakkan gambar² Tuan Guru Nik Abd Aziz , Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , Ust Fadhil Noor dan ulamak-ulamak terkenal ketika itu. Yang paling berharga bagiku gambar anak-anak arwah che beli  yang berjaya menjadi membawa title "hafiz" diselitkan juga dalam koleksi fail tersebut. Aku adik beradik yang paling suka membelek fail-fail tersebut. Zaman itu,  fail itulah hiburan buat kami dan aku juga pernah tidur bersama fail tersebut. Ketika itu mimpiku untuk jadi seperti orang yang berada dalam koleksi tersebut. Setiap kali belekan fail ayah aku pasti menceritakan hal-hal serta kepribadian tokoh-tokoh ini. Tidak lekang juga ibuku. Pernah satu ketika harapan ayah yang masih terngiang difikiranku "besar nati jadi cam anak che beli hafiz, jadi supa dema". Ayahku menanam kesungguhan untuk menjadikan kami adik-beradik seperti anak che beli. Sehinggakan ada waktu yang lengang pasti ayahku dengan motor robeknya membawa kami adik beradik menziarahi arwah che beli dan sering bertandang ke rumah mereka pada hari raya. Hemm. Tertanya juga aku masih adakah koleksi tersebut? Atau sudah disampah sarapkan. Harap masih baik dan boleh jadikan rujukan buat anak² kelak.

Beginilah kaedah tarbiyyah daripada ayah dan mak yang aku rasa berkesan pada aku. Walau aku tidak hafiz , dan juga bukan ilmuwan islam tapi sekurang-kurangnya aku benar-benar menjadi "orang".

..........

Aku tersedar dari igauan itu.Tanpa sedar air bergenang pada mataku. Kelopak mata seolah sedih dan sayu menerima imbauan semula kehidupanku. Begitulah pengorbanan ayah dan mak yang sanggup berkorban buat anaknya. Aku rasa pentarbiyah sebagini amat berkesan bagiku walaupun nampak kuno, tapi ia tetap membekas dalam kehidupan aku. Pesan juga buat adik-adikku hargailah ibu dan ayah. Senantiasalah memohon ampun dan maaf kepada mereka. Jangan sekali memninggi suara pada mereka.

Ya Allah ampunkanlah dosa ibuku Suhaila binti Ahmad dan bapaku Mohamed Radzi bin Mohd Isa. Panjangkan usia mereka murahkanlah rezeki ke atas mereka.

Terima kasih mak dan ayah.

..........

P/s: Doakan moga hari esok aku lebih ceria dan penuh kejelasan visi dan misi. Esok in sha Allah ada ujian saringan berkomputer untuk menjadi Guru MARA. Mohon doakan

Pesan Guruku Maulana Husseyn.

Org agama tidak sepatutnya menyokong dan memasuki dunia politik membabi buta sebaliknya jadilah daie yg menyeru mana2 pihak dalam parti politik kearah kefahaman agama yg sbnr...

Diari

Hari ini menemani isteri ke klinik kesihatan bakal ibu. Doktor bagi tahu tadi, kondisi bakal putra kami dalam keadaan baik. Kondisi isteri pula dalam keadaan baik, cuma HB masih kurang dan memerlukan pemakanan yang menyumbang kepada penambahan darah.

Mohon doakan putra kami dan isteri dalam keadaan sihat sepenuhnya.

رب هب لي من لدنك ذرية طيبة انك سميع الدعاء...

Ummah Rosak !

Agenda penjahanaman semula dan peruntuhan nilai-nilai Islam daripada yahudi kepada ummah jawi khususnya boleh kita saksikan di kaca mata kita sendiri. Apa yang kita rasa tidak tergambar pada fikiran kita sejak kecil ternyata berlaku di hadapan kita. Nilai-nilai murni pada ummah nusantara sekarang kian terhakis lagi robek.

Silibus pendidikan yang saya rasa terbaik dalam mensistemkan pemuda-pemudi Islam supaya menjadi golongan yang benar-benar menepati generasi madani. Amat malang telahan saya dangkal sama sekali. Apatah lagi, gejala kerosakan akhlak ini galak disenikan dipentas maya. Agenda pembogelan dan pencarikan maruah kerap sekali dihidang buat muda mudi. Akhirnya wujudlah generasi yang tiada nilai ukhrawi.

Politikus pula berlumba-berlumba meratah harta rakyat, menjual nama-nama dan kalam Allah untuk keuntungan dan kelesaan serta menambahkan keempukan kerusi. Agenda merakyatkan hanya menjadi pertaruhan dan omongan kosong belaka. Ingatkah kita bagaimana ummah jawi dahulu celik dalam tulisan jawi. Tapi apa yang jadi sekarang?• Saya rasa amatlah benar kalam-kalam ulamak hadramaut yang mengatakan "siasah najasah" politik itu najis. Agenda penajisan ini akan berlangsung sehingga hari kiamaat.

Agamawan pula sibuk bercakar mulut,  merosak khazanah turath , menilai serta mentahkik semula kitab-kitab ulamak terdahulu seolah ia lebih alim daripada pemilik kitab. Memaudukkan hadis itu kerja mulia dikalangan mereka. Melagakan ummah supaya berpegang dengan pendapat minoriti dikalangan mereka itu adalah kerja ikhlas yang akan diganjarkan pahala disisi mereka. Ahhhh.....

Sedari saudara saudari, ummat jawi akan sentiasa mandom sekiranya peraturan kehidupan ini di acukan oleh mereka membabi buta tanpa menyandarkan pada panduan utama Al Quran dan Sunnah serta bimbingan serta nasihat daripada ulamak yang  benar lagi sahih.

Sistem pendidikan pula semestinya mengikut manhaj islam serta wasilah pendekatan ulamak-ulamak terdahulu. Saya tidak sokong pendapat-pendapat dikalangan ustaz-ustaz muda yang kononnya sanggup menukar imej dan penampilan ulamak kepada pemakaian ala-ala rock kononnya boleh "masuk" dengan golongan seperti ini. Contohilah golongan ahl gerakan dakwah tabligh, berapa ramai yang telah mereka islamkan dan telah berubah mengikut manhaj sebenar kehidupan. Malahan juga dikalangan selebriti ramai yang berhijrah kerana wasilah mereka benar-benar yang di praktikkan oleh ulamak-ulamak silam.

Agamawan pula sebaiknya memperhalusi konsep khilaf dan konsep lapang dada berkenaan permasalah cabang dalam agama. Dalam masa yang sama juga akidah ahli sunnah wal jamaah Asyairah Maturidiah bermazhabkan Syafii dan bertasawwufkan cara kaedah Imam Al Ghazali perlu diperkasakan dengan penuh mahabbah.

Kesimpulannya, saya amatlah mengharapkan ruh islam kembali tersubur semula. Desawarsa ini memaang di akui program pengajian dan dan kesedaran dakwah dikalangan daei memang tumbuh cemdawan. Namun kurang ruh dan keberkatan. Keberkatan itu akan tercapai sekiranya sikap waraq di praktekkan dalam kehidupan seharian.

Hatiku dicuit ~♥~

Apa yang membangkitkan rasa rindu pada kampung dan keluarga bila mak selalu ceritakan kisah-kisah silam aku masa aku kecil. Kadang-kadang aku pun tak ingat memori-memori lama ni. Maklumlah sudah hampir dimamah usia. Mak dan ayah lah yang penglibur hikayat "algeriki". Terkadang mai rasa sebak ,mencuit hati, dan yang paling indah kisah-kisah lama yang mungkin aku rasa boleh jadi bekal  untuk anak cucuku kelak.

Terima Kasih mak ayah kerana telah mencuit hati ini.

Anak kampung.
Anak Penoreh.

Masa yang pergi

سل نفسك كم اعطيت ربك من وقتك ؟ لأن اهل الغفلة اعطو كل اوقاتهم لشهوتهم نسوا الله فنسيهم Tanya dirimu, berapakah waktu yang kamu peruntukka...