Nama Rasmi Putra Sulong Kami.

Alhamdulillah, nama putra sulong kami Ahmad Anas Fairuz bin Muhammad Imran.

Ahmad:
Antara nama² nabi Muhammad saw, nama manusia yang paling agong. Bersempena juga dengan nama arwah nendaku ahmad bin tahir. Moga beliau senantiasa mencontohi kewarakan, kemesraan  moyangnya.

Anas:
Di ambil sempena nama periwayat hadis dan sahabat nabi yang mulia Anas bin Malik An Nadhir. Sungguh besar jasa anas terhadap Islam. Antara insan yang pernah didoakan oleh nabi saw. Moga anakku  juga menjadi seperti anas malik yang cerdik, zuhud dan soleh.

Fairuz:
Fairuz Ad Dailami, juga sahabat nabi, berketurunan arab-parsi. Antara jasanya pada Islam pernah menumpaskan golongan nabi palsu. Juga merupakan utusan rasulullullah saw. Antara pengiktirafan yang diberikan oleh rasulullah pada fairuz:

قتله الرجل الصالح فيروز ابن الديلامي
"Yang telah membunuhnya(aswad al inshi yakni nabi palsu) ialah lelaki soleh Fairuz Ad Dailami"

قتل رجل مبارك من أهل بيت مباركين

"Yang telah membunuhnya ialah seorang lelaki yang diberkati yang berasal daripada keluarga yang diberkati"
 

3 pengiktirafan daripada rasulullulah , fairuz seorang yang soleh, orang yang berkat, dan ahli keluarganya juga diberkati. Moga kami tergolong daripada keluarga² yang diberkati bersempena menamakan anak kami "fairuz"

Begitulah 3 nama yang telah saya namakan di atas bimbingan dan nasihat guru saya supaya menamakan nama² yang ada berkait dengan sejarah Islam. Supaya besar nanti mereka akan menyingkap tabir sirah ini lantaran itu mengambil ibrah daripadanya.

Mohon doa juga, supaya anak kami menjadi insan yang soleh dan muslih. Juga doakan agar kami dikuatkan dan diberikan segala kemampuan oleh Allah untuk mendidiknya dan membesarkannya.

Ilmu, adab dan Guru

Orang yang belajar atau murid itu hendaklah merendah diri meletakkan diri di darjat paling bawah dan tidak menganggapkan dirinya lebih besar...