Skip to main content

Posts

Showing posts from December 3, 2017

Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah, Mufti Perak

Guru saya Almarhum Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah, Mufti Perak. Saya mendalami bab solat dengan beliau dahulu sekitar tahun 70-80-an.
ڬورو ساي المرحوم داتوء حاج محمد غزالي عبدالله، مفتي ڤراق. ساي مندالمي باب صلاة دڠن بلياو دهولو سكيتر تاهون توجوه فولوهن-لافن فولوهن.
Beliau belajar di pondok di Malaysia kemudian belajar di Masjidil Haram dan Madrasah as-Saulatiyah al-Hindiyah di Mekah. Ini pengajian peringkat tinggi menggunakan kitab-kitab turath.
بلياو بلاجر دڤوندوق دمليسيا كمودين بلاجر دالمسجد الحرام دان مدرسه الصولتية الهندية د مكه. اين ڤڠاجين ڤريڠكت تيڠڬي مڠڬوناكن كتاب-كتاب تراث.
Beliau pernah menjadi Imam Besar Masjid Negara yang pertama. Suara beliau sedap.
بلياو ڤرنه منجادي امام بسر مسجد نڬارا يڠ ڤرتام. سوارا بلياو سدڤ.
Beliau seorang guru yang alim, tegas dan garang. Alhamdulillah ilmu yang dicurahkannya amat berharga kepada saya.
بلياو سأورڠ ڬورو يڠ عاليم، تڬس دان ڬارڠ. الحمدلله علمو يڠ دچورهكنڽ امت برهرگا كڤد ساي.Penulis: Tuan Guru Ust Azmi bin Ahmad

Anak Soleh

Anak soleh,
Rezeki Ummi dan Walid,
Permata keluarga kami,
Harta dan rezeki yang paling bernilai,
Moga Ahmad Anas Fairuz menjadi saham akhirat buat ummi dan walid.Ya Allah,
Permudahkanlah urusan kami dan murahkan rezki ke atas keluarga kami.اللهم صلى على سيدنا محمد.

Gelaran Kumpulan Suci

Kenyataan Media Presiden PASGELARAN KUMPULAN SUCIInilah bahasa yang baru diistilahkan dan digunakan untuk memerli atau mengejek ketegasan sesiapa sahaja yang berpegang dengan ajaran Islam yang berdasarkan nas yang qati’e dan thabit di dalam Al-Quran dan Hadis seperti PAS, yang tidak mahu dihanyutkan atau menerima perubahan mengikut selera kumpulan yang dinamakan Islam Liberal dan yang bersekongkol dengannya atau totok bukan Islamnya. Mereka mahu menjadikan Islam seperti agama yang ada ortodoks atau ideologi konservatif dengan tujuan untuk memancing undi pilihanraya.Setelah mereka gagal meminda Undang-undang Tubuh PAS (Perlembagaan) dengan mahu meletakkan Majlis Syura Ulama sekadar menjadi penasihat yang tidak wajib dipatuhi, khususnya dalam perkara hukum yang thabit bercanggah dengan kemahuan akal fikiran manusia, demikian juga mereka termasuk yang menganggap dirinya sangat bijak. Setelah mereka gagal dalam usaha meminda asas tersebut dan juga gagal mempengaruhi Muktamar PAS dan mengu…