Ahad, 23 April 2017

Ujian atqu Teguran?

      Sebenarnya, kadang-kadang gangguan jin yang kita alami tak sembuh-sembuh, bukanlah kerana kita tersilap tempat merawat, atau bukan kerana kaedah ruqyah tidak betul, tetapi kerana kita tak sedar yang Allah menegur kita. Allah nak kita berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tetapi kita masih belum berubah.

     Apabila kita masih tidak berubah, sebab itulah Allah tidak sembuhkan masalah yang anda alami. Walaupun dah banyak tempat kita pergi dapatkan rawatan ruqyah, masih belum dapat kesembuhan.

Jumaat, 21 April 2017

Bukti atau Dalil penyakit 'ain.

Musibah penyakit ain telah pun dinyatakan dalam Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Semuanya ini membuktikan bahaha ia nya perlu d ambil berat oleh kita umat Islam bagi menangani masalah penyakit 'ain.

(وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ)
[Surat Al-Qalam 51]

Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila".

Imam At Tabari menyatakan bahawa sesungguhnya orang kafir hammpir-hampir menggelincirkan kamu wahai Muhammad, mereka telah menembusi kamu dengan pandangan mereka yang penuh dengan kebenciaan dan permusuhan terhadap kamu, juga mereka menjatuhkan kamu maka  dilemparkan mereka kepada kamu Muhammad dengan pandangan yang penuh kebencian dan kemarahan

Maka boleh di fahami melalui ayat ini ialah pandangan mata yang penuh hasad permusuhan akan menggelincirkan dan menjatuhkan sesorang .

Ibnu Kathir pula ketika menafsirkan ayat ليزلقونك memandang dengan panahan hasad dan kebencian yang bersangatan .

(وَقَالَ يَا بَنِيَّ لَا تَدْخُلُوا مِنْ بَابٍ وَاحِدٍ وَادْخُلُوا مِنْ أَبْوَابٍ مُتَفَرِّقَةٍ ۖ وَمَا أُغْنِي عَنْكُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ ۖ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَعَلَيْهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُتَوَكِّلُونَ)
[Surat Yusuf 67]

Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Menurut Ibn Kathir bahawa Allah SWT menceritakan bahawa nabi Yaqub AS telah memberi peringatan kepada  anak-anaknya  yang bermusafir ke Mesir dan tidak memasuki daripada pintu masuk mesir yang berbeza. Nabi Yaqub AS bimbang anak-anak mereka terkena penyakit  ain disebabkan pandangan penuh ketaajuban orang ramai  terhadap ketampanan yang dimiliki oleh anak-anak nabi Yaqub AS.

Kenunculan penyakit ain juga boleh dilihat dalam beberapa hadith rasululullah SAW

Daripada Ibnu Abbas;
العين حق، ولو كان شيء السابق القدر سبقته العين، واذا استغسلتم فاغسلوا
Penyakit ain itu adalah benar, sekiranya terdapat sesuatu yang mendahului takdir, maka 'ain lah yang akan mendahuluinya, sekiranya kamu diminta untuk mandi, maka hendaklah kamu mandi.

Daripada Abu Hurairah;
العين الحق، ونهى عن الوشم
Penyakit ain itu benar, juga nabi melarabf daripada bertatu.

Daripada Jabir ;
العين تدخل الرجل القبر ، والجمل القدرة

Daripada Saidatina Aisyah
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأمرني ان استرقي من العين
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan aku supaya membaca ruqyah agar selamat daripada 'ain.

Pengenalan Penyakit 'Ain

Penyakit 'aib ialah  sesuatu kesan yang berlaku atas individu akibat terkena panahan mata , iaitu seseorang yang mengaguminya dengan penuh rasa hasad dalam individu tersebut.

Imam Al Jurjani pula mengatakan penyakit 'ain ialah racun yang telah dijadikan oleh Allah pada panahan daripada pandangan penuh kekaguman terhadap sesuatu dan tidak menyandakan kekaguman tersebut pada pada Allah.

Dalam memahami tentang penyakit 'ain, ada pendapat mengatakan penyakit 'ain adalah merujuk kepada memandang sesuatu yang disertai dengan pandangan hasad dengki dan iri hati yang cukup kuat daripada jiwa yang kotor  sehingga mendatangkan musibah bagi orang yang dipandangnya.

Ia mungkin juga boleh berlaku apabila seseorang yang memandang dengan penuh hasad dengki dengan niat untuk menderitakan orang yang dilihat itu.

Ada juga pendapat mengatakan penyakit 'ain berlaku di atas pandangan yang didasarkan kepada kekaguman semata-mata tanpa ada sekalipun sifat hasad. Bahkan boleh juga berlaku kepada orang-orang soleh dan para alim ulamak.

Khamis, 20 April 2017

PERKONGSIAN ILMU PERUBATAN ISLAM

Dengan izin Allah, Al Faqir akan membuat perkongsian secara bersiri berkenaan beberapa dapatan al faqir sepanjang berkecimpung dalam bidang perubatan Islam sama perubatan jasmani dan mistik.

Apa yang menarik dalam perkongsian bersiri ini, al faqir turut mengongsikan beberapa artikel yang dihasilkan oleh al faqir untuk menjadi tatapan umum buat pembaca blog ini. 

Apa yang penting dalam perkongsian ini, al fakir akan menulis dari sudut pandang Islam menurut Al Quran , Sunnah , serta beberapa pendapat para ulamak berkenaan perubatan Islam dan juga dikongsikan beberapa khibrah (pengalaman) al faqir dalam sepanjang menjadi perawat perubatan Islam.

Semoga dengan usaha ini, al faqer memperoleh saham di akhirat kelak.


Rabu, 19 April 2017

KONSEP KHULAFA' AR-RASYIDIN DALAM FIQH AT-TAHAWWULAT

Konsep Khulafa' Ar-Rasyidin dalam Fiqh At-Tahawwulat iaitu definisi yang mencakupi bagi para pemegang hukum atau ilmu dengan syarat حصانة dan عدالة dari masa Khulafa Ar-Rasyidin hingga hari yang ditentukan oleh Allah ( hari Kiamat )

Khulafa' Ar-Rasyidin dalam Fiqh At-Tahawwulat terbahagi menjadi dua bahagian :-

1. خلافة قرار الحكم والعلم

Khilafah ( yang memegang ) resolusi hukum dan ilmu. Definisi ini terbatas pada marhalah enam khilafah, yang dimulai dengan khalifah pertama iaitu Abu Bakar As-Siddiq, kemudian khalifah kedua Umar bin Khottob, kemudian khalifah ketiga Uthman bin Affan, kemudian khalifah keempat, Ali bin Abi Tholib, kemudian khalifah kelima Hasan bin Ali bin Abi Tholib رضي الله عنهم dan marhalah  ( lima khalifah) ini terdapat nas yang menunjukkan keselamatan dan kepemimpinannya yang adil, dan zaman berikutnya khalifah yang keenam Umar bin Abdul Aziz, yang diakui keadilannya dalam memimpin serta bersihnya dari sifat-sifat yang dicela oleh agama, kemudian marhalah Al-Mahdi dan Nabi Isa عليه السلام yang akan menyusul diakhir zaman.

2. خلافة قرار العلم والوراثة الشرعية

Khilafah ( yang memegang) resolusi ilmu dan warisan syariat, marhalah ini bermula pada waktu Imam Hasan رضي الله عنه menyerahkan khalifah dan sebab penyerahan khalifah tersebut maka terpisahlah antara resolusi ilmu dan warisan agama dari resolusi hukum dan mulku adud, sebagaimana yang ditegaskan dalam khutbah yang terkenal, pada waktu setelah penyerahan khalifah, iaitu:

إن الله هداكم بألولنا، وحقنا دماءكم باخرنا، وإنا معاوية نازعني أمرا أنا أحق به، وإني تركته حقنا لدماء المسلمين وطلبا لما عند الله.

" Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada kalian sebab orang pertama kami ( Nabi Muhammad) dan Allah menjaga darah kalian sebab orang terakhir kami ( Imam Hasan) dan sesungguh Muawiyyah telah berselisih denganku dalam urusan yang aku lebih layak darinya dan aku tinggalkan urusan tersebut untuk menjaga darah muslimin dan mengharap redho Allah. "

Dengan definisi khilafah ( yang kedua) ini maka sifat عدالة dan سند yang bersambung mempunyai erti penting didalam menetapkan ( pemegang ) resolusi ilmu syariat ( sebagaimana yang dipegang ) oleh para sahabat, tabi'in dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan hingga hari kiamat.

Merekalah ( khilafah yang memegang resolusi ) yang dimaksudkan dalam Fiqh At-Tahawwulat yang sebagaimana sabda nabi saw :
فانه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين، تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ.

" Sesungguhnya diantara kalian yang berumur panjang akan melihat sangat banyak perbezaan pendapat maka berpegang teguhlah pada sunnahku  dan sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin, gigitlah kuat-kuat dengan geraham kalian."

Maka erti ( الرشد ) disini adalah sifat عدالة dan erti ( الهداية ) adalah amal soleh yang ditautkan dengan benarnya pengambilan ilmu dan sanad ( yang bersambung kepada Rasul صلى الله عليه وسلم).

Maahad Al-Imam Al-Adni
Shah Alam.

ASSASSIN: LAGENDA ORGANISASI SULIT YANG DITAKUTI BANI SELJUK

“Aku pernah berdepan dengan ribuan lelaki. Kesemuanya lebih handal berbandingmu, dan kesemuanya mati – ditanganku!” – Al Mualim.

Semestinya apabila berbicara tentang assassin, tentu ramai yang akan berfikir tentang Altair ibn La-Ahad, Enzo Auditore da Firenze dan Desmond Miles. Tetapi ramai yang tidak tahu akan organisasi rahsia “Hashashin” yang memang pernah wujud dalam sejarah masyarakat Syria dan Parsi pada penghujung abad ke-11.

Gerakan ini dimulakan oleh pemimpin Negara Nizari Ismailiyah (1090-1256) iaitu Hassan-i-Sabbah, yang mempunyai kesatuan kerajaan yang lebih efektif berbanding Khilafah Fatimiyyah dan Empayar Seljuk. Dan ibu pejabat mereka diletakkan di istana Alamut – dimana kaum wanita tidak dibenarkan masuk atas keselamatan dan rahsia.

Ahli-ahli mereka yang dilatih dalam pertempuran, teknik menyamar dan berkuda mempunyai kepakaran dari segi bahasa, strategi dan ‘seni peperangan’. Didorongi barisan Ismaili, jentera-jentera mereka beroperasi secara rahsia dalam usaha menghapuskan pesaing-pesaing politik dan agama.

Selalunya sasaran mereka akan dibunuh di tempat terbuka dan pada waktu tengahari dengan pisau belati yang kadangkala disaluti racun, agar elemen ketakutan dalam kalangan musuh mereka dapat dicetuskan.

Uniknya, sebelum operasi sulit mereka dimulakan, agen-agen Hashashin akan mengasimilasikan diri mereka dengan kebudayaan bandar atau kawasan sasaran mereka. Pada masa yang sama, mereka akan mencari tempat-tempat tertentu untuk menjayakan misi-misi mereka. Dan bukan semua sasaran mereka dibunuh – kadangkala ancaman juga akan dibuat; itupun secara rahsia, melalui nota ancaman yang diselit bawah bantal sasaran.

Perkara ini jelas semasa pemerintahan Sultan Ahmad Sanjar bermula. Baginda menolak wakil-wakil Hasashin yang datang untuk rundingan keamanan, dan keesokan harinya, baginda menemui sebilah pisau belati dicucuk ditepi katilnya. Kemudian datang pula suruhan Hassan-i-Sabbah yang mengugut secara sopan, bertanya jika pisau belati itu dicucuk di dada lembut Sultan Ahmad Sanjar.

Teknik diplomasi ini berjaya kerana terbentuknya sejenis gencatan senjata antara Seljuk dan Nizari sepanjang pemerintahan Ahmad Sanjar. Ahmad Sanjar siap mengurniakan kebebasan kepada Hasashin dari segi cukai, lesen, geran dan kebenaran untuk mengutip bayaran daripada pengembara.

Sepanjang operasi Hasashin, orang awam tidak akan diapa-apakan, kerana objektif-objektif mereka lebih kepada pengekangan kepada penindasan golongan Ismaili. Dan jikalau mereka secara semberono membunuh orang-orang awam, tentunya pekung mereka mudah dibuka.

Kesatuan dalam operasi mereka memang ditakuti ramai, termasuk Sultan Salah ad-Din yang membuat perikatan dengan Ismaili agar dapat mengelakkan usaha-usaha pembunuhan. Tentunya Salah ad-Din tahu akan kisah Nizam al-Mulk, selaku wazir Seljuk yang dibunuh agen Hasashin semasa dalam perjalanan dari Isfahan ke Baghdad. Sehingga hari ini, pembunuh itu tidak diketahui.

Dan menerusi keefektifan yang diterapkan sistem Hasashin, mereka berjaya menguasai istana-istana di Banjaran Nusayriyah seperti Masyaf, Rusafa, al-Kahf, al-Qadmus, Khawabi, Sarmin dan banyak lagi, sehinggalah dibebaskan Sultan Mamluk.

Kejayaan mereka dalam penentangan Seljuk tidak membuahkan hasil apabila mereka berdepan dengan Angkatan Kencana Mongolia.

Pemimpin Hashashin pada waktu ini, Alaudin, menghantar ratusan pembunuh untuk menamatkan riwayat Mongke Khan, membuatkan penguasa hebat Mongolia itu mengarahkan keluarga Jochi dan Chagatai agar sertai gerakan Hulagu menuju ke Iran, sekaligus menguatkan tentera ini dengan seribu jurutera-jurutera peperangan Cina.

Di sini keefektifan Hashashin tidak mampu menandingi keefektifan Mongolia. Mereka dihancurkan pada penghujung 1256, dimana pengganti Hassan-i-Sabbah – Rukun ad-Din berhijrah ke Karakorum untuk bertemu Khan Mongke tetapi dihalau begitu sahaja.

Baginda dibunuh semasa dalam perjalanan pulang ke tanahairnya, yang sudahpun ditawan Mongolia selepas kejatuhan Istana Alamut, tetapi Hasashin berjaya merampas kembali istana ini hanya selama beberapa bulan sahaja – sebelum dihancurkan sekali lagi, meletakkan titik nokhtah terakhir buat pengaruh politik mereka.

Betapa hebatnya Angkatan Kencana Mongolia yang berperang menerusi kesatuan, strategi, dan modernisasi, sehingga barisan yang beroperasi secara sulit berjaya dipatahkan begitu sahaja.

-- AFDS --

Sumber: FB The Patriots

Ulamak, Tabligh dan Tareqat

*ulama, tabligh, tarekat*

Pernah sekali ada orang tanya pada Shaikh Zakariyya rahimahullah,

"Antara kerja tabligh dan kerja Khanqah, yang mana lebih penting dan patut saya utamakan?"

Maulana Zakariyya rah. sangat terganggu dengan soalan berbentuk provokasi seperti ini kemudiannya menjawab lebih kurang:

"Antara makanan dengan air, mana yang lebih penting dan mana yang patut kamu utamakan?"

Lelaki tu terpinga-pinga tak tau nak jawab apa.

Dari jawapan Maulana Zakariyya yang tentunya adalah ilham kewalian daripada Allah ni dapat kita fahami agama dengan sempurna, bukan dengan nafsu kita. Kita yang jauh dari Allah ni akan mudah taksub dengan satu jalan dan anggap itu sahaja jalan agama dan yang lain-lain bukan agama. Lalu menganggap dirinya sudah pun faham agama dan orang lain tidak faham agama.

Sedangkan ini salah faham besar!

Orang yang kenal agama melalui ilmu, akan taksub dengan ilmu.

Yang kenal melalui dakwah, akan taksub pada dakwah.

Yang kenal melalui Tareqat, akan taksub pada Tareqat.

Sedangkan jalan suci para nabi ialah menjalani hidup dengan *agama yang sempurna* bukan hanya dengan *satu juzuk* dari agama sahaja.

Orang yang hanya berdakwah dan mujahadah tabligh, iman mereka akan tinggi melangit, tetapi hati mereka akan kekal kotor dan tak akan kecapi kerohanian istimewa yang dikecapi oleh ahli-nisbat (ahli Tareqat Muktabar). Mereka akan mengganggap diri mereka sebagai sohib-hidayat (pemilik Hidayat) dan menganggap sesiapa yang tidak mengikut jalannya sebagai golongan yang "belum dapat hidayah" walaupun orang itu seorang ulama besar atau wali Allah. Mereka akan merasa sangat berjasa pada ummah kerana kerja-kerja mereka yang akhirnya orang ramai memang akan mendapat manfaat daripada dakwah mereka, tetapi mereka sendiri gagal Islah diri dengan dakwah mereka sendiri.

Orang yang hanya sibuk dengan Tareqat, hatinya tentu akan bersih suci dari segala penyakit hati, mudah taubat dan insaf, rendah diri dan melihat diri hina dan lain-lain sifat kemuliaan akan zahir pada batinnya, tetapi dia tidak akan mendapat kekuatan iman sepertimana yang didapati oleh para da'i melalui mujahadah dan pengorbanan mereka, dia tidak akan dapat fikir dan risau para nabi dan tidak mendapat sifat peduli pada ummah dengan penuh kasih sayang dan hanya akan sibuk dengan diri sendiri. Yang lebih menakutkan ialah apabila ditipu syaitan dengan perkara kerohanian seperti kasyaf, karomah, sirr, Nur dan sebagainya hingga dia hanya sibuk mencari itu bukan mencari Allah . Ramai yang tersesat dalam diri sendiri dan memandang orang lain yang tidak alami apa yang dia alami sebagai batil dan sesat.

Orang yang hanya sibuk dengan ilmu tanpa peduli pada dakwah dan Tareqah, mereka akan alami masalah hati yang sangat dahsyat, mereka akan kejar dunia dengan ilmu, kejar mahsyur dengan ilmu, kejar nama dan pujian dengan mahsyur, beranggapan dirinya paling berjasa pada ummah dan mengganggap semua orang yang jahil sebagai hina termasuklah pekerja² agama, maka akan terzahirlah para ulama dunia yang sangat jelas dan terang mengaut untung dunia dengan ilmunya , tanpa dunia, ilmunya tidak akan diberi kepada sesiapa pun, takabur akan membesar, tamak akan subur dan lain-lain sifat yang semuanya dapat ditutup dengan pakaian ulama sehingga orang ramai menganggap dia adalah pewaris nabi yang sahih.

Semoga Allah lindungi kita semua daripada fitnah-fitnah agama.

Wallahu'alam.

Sumber: Maulana Husin

Hidup berjasa.

Jangan pernah menunda mengucapkan syukur dan terima kasih buat insan keliling. Kerna kita tidak akan pernah tahu berapa lama lagi hidup di dunia ini.
Hidup berjasa,
Misi Akhirat.

Selasa, 18 April 2017

Tiket Terbang AMM IST KUL

AMM IST by Pegasus airlines via Ankara one way 130 JD

AMM IST Atatork airport by RJ 340 JD

AMM IST Atatork airport by Turkish 340 JD

IST KUL by Emirates 335 JD

IST KUL by Turkish direct 415 JD

IST KUL by Rj via Amman  250 JD

PENTING BUAT PELANGGAN QATAR

Penting!
Buat pelanggan-pelanggan Qatar yang dikasihi,

Pihak Qatar baru sahaja menetapkan, kepada sesiapa yang telah membeli dan menempah serta bakal membuat tempahan tiket dengan QatarAirways, pembelian tiket pada kali ini mestilah disertakan dengan salinan KAD PELAJAR.
.
.
Susulan itu, penyerahan salinan sofcopy @ hard copy (muka depan sahaja) boleh dihantar pada saya atau Az-zahraa Ayob  @ pada emel saya selewatnya pada hari Jumaat ini.
.
.
#Softcopy boleh dihantarkan pada emel saya imranalgeriki@gmail.com .
Saya menggalakkan sahabat-sahabat semua untuk scan menggunakan aplikasi cmscanner bagi memudahkan urusan kalian. Link : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.intsig.camscanner

@

#Harcopy boleh diserahkan pada saya bermula pada hari ini sehingga khamis di Jamiah .

Terima Kasih,
Mohon maaf atas segala kesulitan.



Ahad, 16 Ogos 2015

LAPORAN KEWANGAN

 Dato` Seri Najib Razak​bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia.
Menteri Kewangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri​


Semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Semoga Allah merahmati dan membantu pemerintahan Yang Amat Berhormat Dato` ke arah negara yang lebih makmur.

Berikut  adalah jumlah perbezaan yuran saya:
#Semester awal 2014= 600 JOD> RM2700
#Semester awal 2015= 600 JOD> RM3420

Sekian saya melaporkan,

Yang Benar.

Imran Radzi Algerikii,
Rakyat Malaysia
910331-08-6041
Pelajar tahun 1 Universiti Mutah Jordan