Skip to main content

Posts

Kahak hingus batal puasa ?

Soalan:
Slam Ust..nk tnye kalu kita telan kohok batal tak?Boleh ke kte brpegang dok batal kalau kohor dok tubek agi kte telan..lg2 tgh selsema..Jawapan:Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan:النخامة ان لم تحصل في حد الظاهر من الفم لم تضر بالاتفاقMaksudnya: Hingus/kahak sekiranya tidak sampai kepada bahagian yang zahir daripada mulut(awal lidah) maka ianya tidak memberi mudharat (membatalkan puasa) secara sepakat. Kitab syarah muhazzabbAkan tetapi sekiranya sudah keluar masuk pada bahagian mulut, kemudian ia menelan semula secara sengaja. Maka batal puasanya.
Recent posts

Syak dalam solat

فليطرح الشك واليبن على مااستيقن.
Maka hendaklah menghilangkan segala syak/keraguan itu dengan membuatkan keputusan berdasarkan keyakinan. Lafaz  فليطرح dan وليبن dalam hadis ini adalah fi'il mudhari' yang di serta kan lam Al-Amr yang menunjukkan perintah wajib bagi setiap orang yang syak dalam solat dengan menghilangkan syak tersebut dengan membuatkan keputusan berdasarkan apa yang diyakinkan .

Beliau puasa kaffarah, kemudian beliau tak mampu pada pertengahan puasa. Apakah solusinya?

Tadi anak murid saya bertanya berkenaan puasa kaffarah. Sekiranya seorang itu dia berpuasa dua bulan berturut-turut kerana melakukan persetubuhan dalam bulan ramadhan. Kemudian dalam tempoh puasanya tersebut dia tidak mampu untuk laksanakan. Jadi, adakah perlu dia(suami) perlu utk ulang semula puasa tersebut kerana puasa itu perlu berturut-turut?Jawapan saya: selagi mampu berpuasa tidak terus harus pergi kepada memberi makan fakir miskin. Hanya apabila tidak mampu berpuasa barulah boleh berpindah kepada memberi makan. Maksud tidak mampu ialah; dengan berpuasa menyebabkan kepayahan pada diri yang tidak terpikul pada kebiasaannya. Jika dalam tempoh dua bulan seseorang itu mendapati ia hanya mampu untuk berpuasa pada sebahagian harinya sahaja (yakni tidak mampu mencukupkan dua bulan), ia dikira tidak mampu secara keseluruhannya dan boleh terus berpindah kepada memberi makan fakir/miskin.

Apakah hukum membaca yasin malam jumaat?

Tidak ada larangan untuk membacanya, malah akan dapat pahala. Imam As Suyuti menyebutkan dalam kitab خصوصيات يوم الجمعة , belia menukilkan hadis yang telah di bawa oleh al imam al baihaqi iaitu:من قراء ليلة الجمعة حم الدخان ويس اصبح مغفورا له
Maksudnya ialah barang siapa yang membaca pada malam jumaat surah ad dukhan dan yasin, maka akan terampun dosanya.Jadi, malam jumaat dipilih kerna ia adalah penghulu kepada semua hari dan penuh keberkatan.

Adakah boleh berzikir secara jemaah selepas solat fardhu?

Sunat dan sabit dengan dalil:"بسبحونك ويكبرونك ويحمدونك ويمجدونك"
Mereka bertasbih, bertakbir, bertahmid serta mengagungkanMu
(Riwayat Bukhari)1. Perkataan yang disebut dalam hadis di atas adalah dalam bentuk jamak (ramai/banyak)2. Jadi, hadis ni nak menunjukkan kepada kita bahawa keutamaan majlis zikir, kelebihan zikir3. Imam Nawawi membuat satu bab khusus bertajuk keutamaan halaqah zikir di dalam kitabnnya Riyadus Solihin dan meletakkan hadis di atas sbg hadis yang pertama.Adapun zikr secara nyaring @ jahar sabit dalam hadis bukhari muslim yang berbunyi  daripada Ibn Abbas:رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد كان على ععد النبي صلى الله عليه وسلم
Meninggikan berzikir selepas org ramai selesai dpd solat fardhu berlaku pada zaman nabi Muhamad SAW

Apakah hukum solat jamak jumaat dengan solat asar?

Di dalam mazhab syafie  kitab  Mughni Al Muhtaj menyebutkanﻭ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺠ‍‍ﻤ‍‍ﻌ‍‍ﺔ ‍ﻛ‍‍ﺎ‍ﻟ‍‍ﻈ‍‍ﻬ‍‍ﺮ ‍ﻓ‍‍ﻲ‍ ‍ﺟ‍‍ﻤ‍‍ﻊ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺘ‍‍ﻘ‍‍ﺪ‍ﻳ‍‍ﻢ‍ ‍ﻛ‍‍ﻤ‍‍ﺎ ‍ﻧ‍‍ﻘ‍‍ﻠ‍‍ﻪ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺰ‍ﺭ‍ﻛ‍‍ﺸ‍‍ﻲ‍ ‍ﻭ‍ﺍ‍ﻋ‍‍ﺘ‍‍ﻤ‍‍ﺪ‍ﻩ‍ ‍ﻛ‍‍ﺠ‍‍ﻤ‍‍ﻌ‍‍ﻬ‍‍ﻤ‍‍ﺎ ‍ﺑ‍‍ﺎ‍ﻟ‍‍ﻤ‍‍ﻄ‍‍ﺮ ‍ﺑ‍‍ﻞ‍ ‍ﺃ‍ﻭ‍ﻟ‍‍ﻰ, ‍ﻭ‍ﻳ‍‍ﻤ‍‍ﺘ‍‍ﻨ‍‍ﻊ‍ ‍ﺗ‍‍ﺄ‍ﺧ‍‍ﻴ‍‍ﺮ‍ﺍ ‍ﻟ‍‍ﺄ‍ﻥ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺠ‍‍ﻤ‍‍ﻌ‍‍ﺔ ‍ﻟ‍‍ﺎ ‍ﻳ‍‍ﺘ‍‍ﺄ‍ﺗ‍‍ﻰ ‍ﺗ‍‍ﺄ‍ﺧ‍‍ﻴ‍‍ﺮ‍ﻫ‍‍ﺎ ‍ﻋ‍‍ﻦ‍ ‍ﻭ‍ﻗ‍‍ﺘ‍‍ﻬ‍‍ﺎSolat Jumaat itu sama seperti solat zuhur yang dibolehkan untuk melakukan jamak takdim, sebagaimana di nukilkan oleh zarkasyi dan beliau berpegang dengannua untuk menggabungkan kedua-dua solat tersebut disebabkan hujan lebat , bahkan ini lebih utama. Jamak takhir dilarang kerang solat jumaat boleh ditangguh dan di akhirkan waktunya.Maka jelaslah penghuraian Sheikh Khatib Syarbini bahawa jamak taqdim antara solat jumaat dan asar itu sama hukumnya dengan solat zohor dan jumaat.

Apa beza masjid jamik dan masjid ghairu jamik? Adakah sah beriktikaf pada kedua-dua masjid tersebut.

"Rukun keempat ialah tempat yang digunakan untuk beriktikaf dan syaratnya ialah masjid seperti yang disebutkan sebelum ini. Tetapi masjid Jamik itu adalah lebih utama utk beriktikaf di dalamnya supaya orang yang beriktikaf itu tidak perlu keluar lagi utk mengerjakan solat jumaat . Lagi pun mereka yang solat di masjid jamik adalah lebih ramai"Rujukan: Kifayatul Akhyar