Isnin, 6 Julai 2009

~ 10 Jenis Orang Zalim Yang Kejam ~

ibnu radzi:Sufyan Atsauri berkata ,"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah :
1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri ,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran,tetapi setiap hari tidak membaca seratus ayat Al-Quran(secara bertertib)
3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar tanpa sembahyang dua rakaat di dalamnya
.4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seseorang yang sampai di di sesuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak turut serta sembahyang berjemaah.
6. Seseorang yang daerahnya didatangi oelh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya
.7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu
.8. Seseorang yang diundang ke jamuan ataum majlis tetapi tiba-tiba tidak menghadirinya.
9. Pemuda yang tidak mempunyai apa-apa kerja tetapi tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada makanannya itu.Wassalam.'Cintailah Yang Memberi Nikmat Dan Jangan Engkau Cintai Nikmat Yang Diberikan.'- Tinta Ahli Sufi -"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."